Tungbayee Fakta atau Mitos: Siri Berpantang

Jom menang set berpantang dari Tungbayee. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menjawab soalan Fakta atau Mitos ini: > Anda tidak boleh menggunakan aircond semasa berpantang > Tidak boleh minum banyak air > Mesti pakai stokin sepanjang waktu berpantang Jangan lupa daftar di sini kalau nak menang ya: https://community.theasianparent.com/contest/fakta-atau-mitos-siri-berpantang/1910?lng=en Jika tak daftar, tak menang tau! Semoga Berjaya! :)

Tungbayee Fakta atau Mitos: Siri Berpantang
89 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

* Anda tidak boleh menggunakan aircond semasa pantang Jawapan : Mitos, ibu ketika pantang amatlah memerlukan badan yg segar dan selesa. Dengan keadaan cuaca yang sangat panas masa sekarang, penggunaan aircond dapat memberi ibu berpantamg dengan lebih selesa. * Tidak boleh minum banyak air Jawapan: Mitos, ibu selepas bersalin memerlukan air yang banyak untuk mengelakkan sembelit yang boleh menyebabkan luka pada kawasan vagina berbuka ataupun pedih dan ibu yang sedang berpantang juga memerlukan air yang banyak untuk menghasilkan susu badan * Mesti pakai stokin sepanjang waktu berpantang Jawapan : mitos, penggunaan stoking sepanjang tempoh berpantang tidak perlu melainkan sekiranya ibu tersebut mempunyai masalah edema selepas bersalin dan doktor akan menyarankan ibu untuk memakai "compression socks" supaya dapat mengurangkan masalah edema tersebut juga memastikan peredaran darah lancar. Pemakaian stoking biasa / tebal tanpa sebab adalah mitos kononnya masuk angin dan sebagainya

Baca lagi