Peranakan Jatuh

Hi Ibu2 sekalian, saya nak tanya jika peranakan jatuh adakah saya tk boleh mengandung langsung ? Adakah mengurut perlu untuk menaikkn peranakan ? Utk pengetahuan saya fobia dgn mengurut ni. First time urut sampai sakit2 badan saya. Harap ibu2 boleh membantu. #ingintahu #pleasehelp #bantusharing #pejuanggarisandua

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Tiada cara lain, melainkan urutan sengkak. Naikkan peranakan memang sakit. Tapi jika tukang urut yg bagus, sakit ketika urutan sengkak sahaja. Lepas kedudukan peranakan dah naik semula, badan akan rasa lega dan tiada sakit2 badan. Duduk di mana? Jika di Kl, sy boleh syorkan tukang urut yang biasa saya berurut baik ketika lepas bersalin atau rutin bulanan. Memang terbaik. 😄😄😄 Lagi satu, kena tahu apa punca peranakan jatuh seperti angkat beban yang lebih berat dari kemampuan atau cara angkat barang yang salah. Perlu berurut kerana jika peranakan dibiarkan jatuh, bukan sahaja kita yang rasa sakit sentiasa bahkan lama kelamaan boleh terus terkeluar dan terpaksa dibuang rahim.

Baca lagi
3y ago

60 12-361 3301. Acik Manja. Lokasi Setapak.