Batuk demam selsema

Hi ibu2 saya bf anak umur 2 bulan tapi skrg ni saya xsihat batuk selsema. Pergi klinik biasa doktor ckp jgn susukan anak even susu yg dah pam pun sbb takut anak kene infection kuman dari kita nnti dia berjangkit batuk selsema gak. Doktor suruh bg formula sampai saya dah sihat. Betul ke xleh bg susu kita time kita sakit? Tp saya dah terbagi rasa serba salah sangat sbb ank pun ada selsema batuk gak cuma dah elok sikit. Saya xkisah saya sakit tp risaukan anak. Ada tips hilangkan selsema anak :( pasal susu tu mmg kena bg formula jela eh. #pleasehelp #firstmom

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi, Puan. Apa yang diberitahu oleh paedtrician anak saya, kebersihan diri itu yang penting. Penyusuan ibu masih lagi boleh diteruskan seperti biasa sama ada secara direct atau pam. Sentiasa cuci tangan selepas batuk, bersin. Elakkan dari mencium baby, pakai mask. Itu sahaja. Nak hilangkan selsema baby kena kerapkan penyusuan, kerapkan tepuk percussion, sedut hingus baby menggunakan nasal aspirator, pastikan juga suhu dalam rumah tak terlampau sejuk dan tak terlampau panas. Harap membantu 🌹

Baca lagi