Mengandung tapi masih menyusu
Hi ibu2.. ingin memintak pendapat dan perkongsian pengalaman dari ibu2 di dalam ni.. anak saya sekarang 11 bulan dan saya dapat tahu saya mengandung 7 minggu lebih.. saya tak gamak nak wean off bf untuk anak 11 bulan dan sebolehnya minimum umurnya 2 tahun.. bolehkah saya meneruskan penyusuan semasa mengandung? Adakah ada effect apa2 pada kandungan? adakah ibu2 disini ada pengalaman diri sndri atau orang terdekat untuk berkongsi dgn sy.. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.. #Needadvice

Dr memang bagi je kalau x de apa masalah..tp pengalaman sy, anak 1st, sy sempat menyusu sampai dia umur 1y6m je sbb masa tu sy tengah pregnant 3m anak 2nd..rasa masa menyusukan tu, rahim mcm kembang kecut..sy x nak risiko kt baby so sy stop.. mak saya pun suruh stop menyusu anak bila kandungan dah 3 bulan sbb nnt takut baby kecil.. dpt anak 2nd, masa dia umur 11m, sy pregnant lg..tp sy mmg x tahan utk menyusu sbb rasa sakit kt nipple dan sakit di serviks..kandungan 2 bulan je sy larat lepas tu terpaksa stop..kesian juga kt anak 2nd tu sbb cukup setahun dh kne ween off.. Alhamdulillah sy jumpa susu kambing yg dia boleh minum utk ganti susu ibu yg sy x dpt nk beri.. skrg tngah tunggu hari bersalin anak 3rd pula..tiap² kali pregnant mmg niat nk menyusukan smpai umur 2 thn, tp Allah dh tetapkan rezeki anak dekat².. sy mmg takut nk ambil perancang sbb nak jaga kualiti dan kuantiti susu badan..x nak perancang kacau hormon dan penghasilan susu..tp tu lah, bahaya juga rancang sendiri..kne pakai stokin je tiap kali bersama sbb lepas bersalin, waktu subur kita pun x leh jangka..ingat kalau bersama hujung² bulan selamat, tp x juga😅..Apapun, Allah jualah sebaik-baik perancang dan kami redha je ketetapan Allah ❤️
Baca lagiMasih boleh terus menyusu badan, cuma kalau sis rasa sakit dekat breast dan cramp rahim boleh slow2 wean off. Bayi sebenarnya dah boleh mula minum susu fresh milk lepas dia umur 1 tahun dan fokus pada makanan real food seharian. Saya pun tengah cuba wean off, buat mix susu botol (malam) & breastfeed + minum air masak (siang). Target last dalam 1 tahun 6 bulan camtu ataupun paling lewat 2 tahun. Hari2 pujuk dan cakap baik2 yg "susu ni kena bagi kat adik pula tau sbb dia dah besar" Saya pregnant anak ke-2 masa anak sulung umur 1 tahun. Semoga urusan sis Allah permudahkan🤲
Baca lagimacam saya pernah je sebelom ni anak saya menyusu badan tengah saya mengandung . ok je sbb nnt kalau kandungn kita dh masuk 12-16minggu mcm tu air susu tu akn kering sendiri . nnt kalau air susu awak dh mula kering awak try bagi anak awak tu susu botol je laa ok 🥰
Generally tak ada masalah. Kecuali kalau ada apa2 masalah waktu pregnancy tu mungkin tak boleh, macam baby tak membesar mcm sepatutnya ke, atau awak cramp teruk + bleeding tiap kali BF ke etc. Saya pregnant 24w & masih BF anak saya yg 20m.
Sy ada tnya doktor tntang ni.. Doktor kata takde masalah breastfeeding semasa mengandung 😊 ia tak mengganggu kehamilan..
masa sy haritu nurse suroh stop kan susu bdn tkut rahim kecut . tu yg dia ckp la . jd sy stop jgak la anak blm masok 2 thn masa tu
kalau tak ada sebarang masalah atau risiko.. boleh je. Apa² dapatkan nasihat doktor sebab setiap kita keadaan tak sama.



