Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti

Ibu-ibu yang baru lepas bersalin mesti tertanya-tanya sekiranya perlu ke berpantang atau tidak. Hal ini sudah lama menjadi tanda tanya tetapi sehingga hari ini masih lagi tiada kata putus. Adakah anda percaya dengan istilah pantang? Apakah kepentingan berpantang? Perlu ke kita berpantang? Kalau pantang makanan tapi selang-selang boleh ke? Tahukah anda, penjagaan makan selepas bersalin adalah sangat penting untuk setiap ibu yang baru sahaja lepas bersalin. Ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pantang larang dalam pemakanan selepas bersalin bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti pada 6 Julai, hari Rabu, jam 3 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Puan, orang tua-tua kata dalam pantang tak boleh makan sayur2 yg banyak angin. Betul ke? Contohnya sayur apa?

3y ago

Hi Puan Sharifah ✨ Ada satu kumpulan makanan yang kita kenali as cruciferous food/ vegetable yang mana makanan ini mengandungi tinggi fructan. Proses mencernakan fructan ini akan menghasilkan gas dan menyebabkan kembung perut kepada ibu berpantang/menyusukan bayi. Antara contoh cruciferous vege : - kobis - cauliflower - broccoli - bok choy