susu badan
Hi ibu ibu, bil saya pam susu keluar setitis setitis je. pam dua belah baru dapat 1-2oz. ada hari dptlah 3oz. saya mmg terpaksa topup formula. cemburu tengok orang sekali pam keluar banyak. ada tips tak? boleh share ke? #firstmom

Sis, sy nak cerita berdasarkan pengalaman saya. masa anak newborn dulu, awal² lagi saya mmg bagi formula sbb zero knowledge pasal ilmu penyusuan. sy bg susu formula sbb sy tgk susu sy sikit sangat setitis titis, dah seminggu baru lah banyak sikit tu pun tak la banyak, sekali pam 2 oz. tp bila saya pegi checkup anak misi kt kk, misi yg dtg rumah, bidan yg urut semua cakap susu saya banyak bila tgk breast saya. saya pun pelik banyak macam mana, kalau tak, takdela baby saya menangis asik tak cukup, lepas susukan menangis2 bila bagi formula baru boleh diam. Saya asik topup formula sampai lah baby reject nak menyusu waktu umo 3 bulan dan saya terpaksa pam. Bila pam saya tak mampu corporate dengan jadual pumping , at last demand takda dan supply drop. dan akhirnya baby saya full formula waktu usia dia 7months.. . Dan itu lah penyesalan saya sehingga ke harini kerana saya tak belajar ilmu penyusuan. Lepas kejadian semua ni baru lah saya faham kenapa jadi begitu . Saya cuba terangkan seringkas mungkin. Pertama, new-born kalau dh topup formula dari hari pertama, contoh bagi 3oz setiap sesi, sebenarnya kita dah create demand dia 3oz per sesi sedangkan new-born cuma perlu kurg dr 1oz setiap sesi. Kedua, Usia baby sebulan hanya perlukan lebih kurg 24oz untuk sehari. Dan sesi menyusu 2 jam sekali. Kalau setiap penyusuan 2oz maka 12 kali penyusuan sangat2 cukup, Dan make sure baby ada poo kaler mustard Dan pampers basah 6 kali sehari. Dan kalau dia menangis lagi maksudnya bukan tak cukup susu tapi baby cuma nak comfort. Ketiga, nanti bila baby dah terbiasa botol , dia akan pilih botol sbb botol ni konsisten flow dia. Jadi lebih senang utk baby. Maka nanti disitulah dia akan mula reject bf dan ibu akan terpaksa jadi epmom, kalau mampu Cope dengan jadual pam tkade masalah yg jadi masalah kalau tk mampu. Last2 susu boleh drop terus.
Baca lagi

