Hi mommies,
i pregnant sebelum sempat berkahwin. ada yang tau usia kandungan maksimum untuk dapat hak nama ayah kandung ?

Fatwa Kerajaan Negeri Selangor Jawatankuasa Fatwa Selangor bertarikh 17 Januari 2005 telah memutuskan bahawa sighah berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syara’ ialah : Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara sainifik yang bertentangan dengan hukum syara’. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari segi waktu “Imkan ad Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara’ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara’. sumber : website pej mufti wilayah persekutuan. awk boleh rujuk pej agama kawasan awak. benda cmni xboleh tanya di media sosial cmni. awk kena tanya org yg lebih arif tentang agama. moga ada jalan yang terbaik utk mumy. jgn stres ya. jaga kandungan baik² ❤️
Baca lagi

