i pregnant 6 weeks camtu i teringin gila makan tiram yg mentah tu..so i beli la 3 biji then i makan ngn lemon ngn cili😌takpe ke ni

Makanan laut Makanan laut mengandungi kadar merkuri tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan otak janin dan kelewatan dalam perkembangannya. Walaupun ikan mengandungi protein dan asid lemak omega-3 penting yang disyorkan semasa kehamilan, tapi anda harus memilih ikan dengan kadar merkuri yang rendah. Elakkan ikan todak dan kerang mentah serta hadkan pengambilan tuna, salmon, ikan tenggiri, sardin dan ikan trout. Jangan makan makanan laut mentah seperti tiram mentah, sashimi dan sushi kerana mempunyai risiko pencemaran listeria yang lebih tinggi. Pencemaran listeria adalah pencemaran bakteria Lesteria monocytogenes pada makanan. Jika jangkitan berlaku pada wanita mengandung, ia boleh mengakibatkan masalah seperti: Kecacatan kelahiran Keguguran Kematian bayi Kelahiran pramatang Jangkitan lain yang mengancam nyawa bayi baru lahir
Baca lagi

