tanya tanya je

hai nk tanya ibu2 awal lagi ke kalau nk check upt kalau period baru lewat seminggu ? ada check upt masa period lewat 5hari tapi xnaik double line pon . saja check sbb period xpernah lewat sampai seminggu #seriusnanya #pejuang_garisDua #ingintahu

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi

Hanya satu suplimen yang anda perlukan sebelum hamil, dan Ini ialah Folic acid. Murah saja nak beli di farmasi. Tujuannya bukan untuk meningkatkan kesuburan, tetapi untuk mencegah kecacatan janin Neural Tube Defect (NTD). Bila hamil, anda teruskan mengambil folic acid untuk 3 bulan pertama kehamilan. NTD itu seperti 1) Spina bifida (tulang belakang tidak tutup dengan sempurna menyebabkan sebahagian saraf tunjang terkeluar dan rosak), 2) Anencephaly (tempurung kepala tidak terbentuk dan tidak ada otak bila dilahirkan) dan 3) encephalocele (ada lubang pada tempurung kepala yang menyebabkan sebahagian otak terkeluar). Dos yang anda perlukan untuk Folic acid hanyalah 400mcg (microgram) sehari. Kadang-kadang tak boleh jumpa dos itu, jadi 1000mcg atau 1mg pun tak apa. Suplimen folic acid telah terbukti mencegah NTD sebanyak 80-90%. Jangan tunggu dah hamil baru nak minta di klinik kesihatan, sebab tulang belakang mula dibentuk dari permulaan kehamilan. Murah saja pi beli sendiri dari farmasi. Tak payah cari jenama yang mahal-mahal. Tak payah beli set kesuburan. Untuk wanita yang pernah ada kehamilan bayi yang ada kecacatan NTD, dos yang disarankan ialah 5000mcg atau 5mg sehari. Untuk wanita yang obese, dos yang disarankan juga 5000mcg atau 5mg sehari, sebelum hamil dan semasa hamil, tetapi nasihat penting utama dari saya ialah turunkan berat badan ke tahap sihat dulu sebelum cuba menjadi hamil. Guna kaedah merancang keluarga yang berkesan sehingga berat badan anda normal sebelum hamil, dan boleh ambil dos 400mcg folic acid saja. Obesiti boleh menyebabkan masalah kesuburan, lebih lagi keguguran jika hamil, lebih masalah kecacatan NTD, dan masalah kesihatan ibu dan janin yang lain semasa hamil termasuklah diabetes, tekanan darah tinggi dan kelahiran pramatang. Untuk wanita yang ada diabetes sebelum hamil (type 1 atau type 2) dos folic acid yang disarankan ialah juga 5000mcg atau 5mg sehari. Tetapi nasihat penting untuk anda ialah pastikan anda tidak obese dan Diabetes dikawal sebelum hamil. Target anda ialah mendapatkan ujian darah HbA1C dan pastikan tahapnya kurang dari 6.5% sebelum anda cuba menjadi hamil. Set kesuburan itu semua overclaim dan tidak meningkatkan kesuburan. Multivitamin suplimen juga tidak mencegah keguguran. Makanlah makanan berkhasiat dengan seimbang dan bersenam dengan kerap. Amalan hidup pemakanan sihat dan cergas itu lebih penting bersama folic acid. Yang lain itu tidak perlu.

Baca lagi
1y ago

most wc☺️❤️

bulan 2/2022 sy lewat 12 hari tapi cek upt negatif , bulan dpn nya lewat 5 hari saja lah buat upt naik double line pekat . atas badan masing2 kot sis . takpe sis cuba lg seminggu buat awal pagi lps bngun tidur

1y ago

ouhh faham .

Sy test seminggu sebelum period naik 2 line jelas. atas bdan masing2. better tggu 2 minggu lgi sis check upt balik.

1y ago

ouh alhamdullilah , ok nnti dua minggu check balik . tapi risau skrng tgh kerja . nk tahu keputusan je supaya lebih hati2 masa kerja

Saya pun baru² ni lewat 5hari.. Pdhal masa cek,, naik 2line sebelum 3-5mnit,, tpi tu pun Line t'lalu kabur..

1y ago

Tak,, last² esoknya Period..

VIP Member

tunggu lagi 2 minggu

1y ago

baik terima kasih

awal lg nak cek..

1y ago

haah , tunggu seminggu dua lagi kan