sembelit 13weeks

hai mommies semua 🥰 saya pregnant 13weeks dan ada masalah sembelit sejak awal pregnancy lagi, masa buka buku pink doktor ada bekalkan obimin pada saya. dan membuatkan sembelit saya makin teruk 🥲 jadi saya tak usik obimin tu sebab perut saya makin meregang kerana tidak membuang beberapa hari., jadi saya suruh suami untuk belikan prune juice untuk lawaskan pembuangan. agak agak mommies ada side effect ke kalau saya minum prune juice berterusan untuk jangka masa panjang semasa kehamilan ni? thankyou mommies yg sudi jawab. kalau ada apa apa petua or ubat yg boleh dikongsi dengan saya juga dialu alukan komen 🤗 #firs1stimemom #Firstbaby_13weeks

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis. Saya makan zincofer and sama jugak jadi sembelit. So saya pergi klinik swasta minta advise doctor so dia ada bagi ubat makan sejenis cecair untuk lembutkan najis. Alhamdulillah so far so good. Apa yg penting banyakkan minum air kosong okay