Kekerapan Bayi Berak
Hai mommies, saya perlukan jawapan bagi yg berpengalaman.. terima kasih bagi yg membantu ya.. Macam ni, anak saya minum susu formula, lepas sahaja cucuk 3 bulan, anak saya demam sekejap (sehari) lepas tu jadi kerap berak. Kekerapan berak macam minum susu badan dulu. Kadang 6 - 7 kali sehari tapi kuantiti sikit sikit. Warna rasanya okay, kuning cair tapii ada lendir dan berbiji. Soalan saya, Menjadi masalah ke kalau minum susu formula tapi berak 6-7 kali lendir berbiji sbb setahu saya kalau susu formula berak 1-2 kali sahaja sehari… Baby tak meragam. Susu enfalac. #najisbayi #tolongbantu