
Saya ada fibroid juga sis.detected semasa buat details scan Dec tahun lepas.Masa tu fibroid kecil lagi.Tapi,masa tu saya tak alert dgn kata nurse yg scan.Dia kata fibroid 3cm&boleh ganggu laluan baby lahir normal.Saya pergi klinik kesihatan bagitahu doktor tapi doktor kata tak perlu risau sangat(yg nie doktor lelaki yg kata masa saya datang mengadu sakit kaki).Bila kali kedua saya bagitahu doktor(doktor perempuan) klinik kesihatan ibuanak yg dekat area saya,doktor nie pun macam acuh tak acuh bila saya sebut pasal fibroid.Kali ketiga appoinment dgn doktor perempuan tu(appoinment utk pantau gdm on diet)saya bgtau lagi pasal fibroid.terus doktor tu scan than refer saya ke ke pakar O&G di HTA,KL.rupanya fibroid dh besar.Doktor tu auto gelabah siap cakap “nasib baik awak bgtau ada fibroid.kalau tak saya yg kena” Lps 2 kali jumpa pakar o&g HTA,scan fibroid dah 9cm&fibroid halang laluan baby keluar.So kena warded 10/April utk czer.Nie baby kedua.Anak sulung lahir normal.Tapi syukur baby saya kuat&fibroid tidak halang perkembangan baby.Lps baby lahir nanti,doktor akan pantau fibroid.Kalau masih besar,kemungkinan operate&peluang hamil tipis sebab fibroid boleh ganggu kesuburan dsbnya. Apa yg saya nak share dgn sis..fibroid nie kalau salah kedudukan&tak dipantau oleh doktor pakar o&g..memang akan bawa banyak masalah kamudian hari.
Baca lagi



?Supermom of 6y Daughter & 9m+ Baby Boy?