Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Boleh tahu bagaimana nk cegah penyakit yg sedang menular ni

6y ago

1. Etika batuk dan bersin yang sihat dan selamat. Menggunakan tisu, dan membuang tisu tersebut ke dalam tong sampah 2. Mengambil vaksin 3. Jaga kebersihan tangan, dan kerap membasuh tangan 4. Elakkan tempat awam yang ramai orang 5. Jika anda terkena influenza, dapatkan rawatan, dan kuarantinkan diri di rumah selama seminggu