Bayi 11 bulan masih tak boleh duduk sendiri dan merangkak.

Hai ibu-ibu! Bayi saya baru je masuk 11 bulan mac ni tapi dia masih tak merangkak dan tak boleh duduk sendiri. Maksud saya, bayi saya boleh duduk kalau orang tolong dudukkan dia. Bila dia dah duduk tu, lama jugak dia duduk tanpa support. Tapi masih belum boleh duduk sendiri tanpa orang tolong. Merangkak pun tak lagi. Bila meniarap, saya nampaklah effort dia tu angkat punggung dan mengensot sikit-sikit. Kalau masa duduk pulak, dia ada mengensot sikit dan boleh berpusing menghadap belakang 180 darjah. Kadang tu rasa sedih pulak tengok anak orang lain yang lahir selepas anak saya dah pandai duduk sendiri/merangkak/memanjat. Anak saya sampai kena buat rawatan physiotherapy kat hospital sebab perkembangan dia agak lambat. Sampai rasa macam, saya ada silap kat mana-mana ke? 💔 Terima kasih sudi baca luahan saya yang panjang ni. Kalau ibu-ibu ada pengalaman anak macam saya jugak, sudilah share ye 🫶🏻 #bantusharing #firstmom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Normal tu sis . Baby saya 6bln meniarap . 10bulan duduk sendiri terus berpaut nak meniti . Harini dia 10bulan18hari . Geng April 2023 . Gigi pulak 8batang . Selama ni pun saya juga duduk kan dia sbb dia tak pandai duduk sendiri .. last² dia usaha sendiri pun berhasil . Baby saya mcm tak merangkak , dia meniarap secara maju menggunakan siku bila dia nak ambil sesuatu barang di hadapan dia 🤣

Baca lagi

Awk tak salah apa pun sis. Perkembangan baby berbeza2. Apa yg perlu kita buat usaha dan support anak bila dia perlukan kita. Awk dh buat first step hantar physio. Which is good. Lepasni banyakkan juga terapi kat rumah k. InshaAllah sy doakan anak awk cpeat perkembangannya nanti.

1mo ago

Ya saya ada buat juga terapi sendiri kat rumah bantu dia duduk dan lain-lain. Hospital pun ada bagi vitamin jugak untuk bantu perkembangan dia. Terima kasih sis mendoakan 🥰