Luahan TTC

Dosakah saya sensitive,cepat marah dan cemburu bila kena tanya pasal anak? And saya jenis tidak boleh terima orang terdekat sengaja pancing perasaan atau emosi saya pasal anak. Cerita dia begini, Perkahwinan saya dah 3tahun lebih. Adik lelaki suami saya pula, baru saja jumpa dengan GF,,dah eksiden,,mengandung luar nikah and terus kahwin dah ada anak. Bukan apa tapi bila diorang dah ada anak,, tak segan silu pula tanya "kamu bila ada anak, lama suda kamu kawin belum mau kah?"(sambil ketawa kecil).. Geram tau.. Selalu show off baby diorang,,and saya yg baru miscariage, failed rawatan kesuburan rasa inj pon tak boleh kawal emosi..cemburu mmg ada,,tak boleh kawal..saya rasa tercabar dan terbayang2 rasa mengandung ada baby sndiri.. Sampai termimpi mimpi segala.. Gaya ipar mcm tak hormat kami langsung.. Family and suami saya dah bagitau dekat diorang cerita dna keadaan kami dari awal.. Tapi mereka terlalu happy dan ego tak jaga perasaan kami yg masih TTC. Saya dah buat rawatan kesuburan 2 kali failed !! Skrg tgh struggle nak turunkan badan sebelum buat rawatan seterusnya (ivf). Diorang ingt semua org mngandung senang ke ?? Saya x puas hati betul. Emosi habis. Suami saya ada bercakap bagus dengan adik lelakinya,, "jangan post dlm group gmbr bayi kamu stkat ini.. Emosi isteri sy belum stabil, tidak kuat dan overthinking".. Dah faham dah adiknya tu.. Tapi isterinya pula tak mau dengar and guna fon suaminya post2 bayi itu.. Saya yg tengah kalut serabut tak tentu ni pon terpancing emosi sana sini marah..seharian tak cukup.. Asyik salahkan diri.. Kadang boleh nak sakitkan diri terfikir mau tamatkan hidup.. Mereka suka buat hal bila tau saya tgh down.. Sekarang tengah type pun begegar.. Saya type tanpa peduli susunan ayat.. Ada siapa2 boleh share cerita2 dengan saya pasal pengalaman bagi yang pernah alami and cara handle gaya2 orang yang tidak reti jaga hati org pasal tiada anak? Ipar perempuan saya itu dah pancing emosi seluruh keluarga sebelah suami saya sebab dah warning awal dah apa perlu tak payah buat dekat group.. Sebenarnya benda ni teruk bagi saya,,banyak hal sy tak tau ceritakan.. Bagi setengah orang fikir ini hal kecil.. Lucu.. Tidak matang.. Saya kesunyian.. Saya selesa meluah disini tanpa siapa tau siapa saya sebenarnya.. Maaf kalau ada yg tidak faham ayat saya ya..tapi saya pasti ada ibu2 atau wanita sana yg faham..

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai sis, dari penulisan sis sy tahu sis orang Sabah kita satu negeri sis 🥰❤️. Semoga sis cepat² dikurniakan zuriat ya , fikir yg positif dan berdoa byk². Saya fhm perasaan sis sbb sy pernah lalui bnda yg sama. Pertama, sis bolehlah left group tu untuk kesihatan mental sis. Persekitaran yg toxic nie bahaya boleh buat kita overthinking selalu down dan klu sendiri² lg mmg syaitan suka bisik bnda² yang ndak bagus. Kedua, bolehlah sis hide status/block siapa² yang boleh menjejaskan kesihatan dan kegembiraan sis. Hidup kita, kita yg tentukan sis kecilkan circle bukan terus buang org tu dr hidup kita tapi kita mahu hidup dgn gembira dan sihat. Kita perlukan persekitaran dan circle yang sihat dan positif. Ketiga, kalau boleh sis buat "masuk telinga kanan keluar telinga kiri" sy tahu susah tapi cubalah kalau boleh. Kdg org ndak sensitif bha isu² psl anak nie. Main hentam jak tanya tanpa fikir perasaan org 😌. Semoga sis terus kuat dan tabah ya. Sending big hugs for you sis 💕 teruskan hidup dgn gembira dan bahagia.

Baca lagi
1y ago

Sama² sis 🤗🥰, doa dan fikir yg baik² ya sis nanti yg dtg pun baik² juga.