Ubat Cacing
Bolehkah makan ubat cacing ketika mengandung? Saya dalam trimester pertama. Harap ada yg dapat bantu.
8 Balas
Latest
Recommended

Tulis jawapan
Expert
Salam sejahtera, untuk makluman anda ubat cacing biasanya tergolong dalam kategori C, iaitu kajian penggunaan ubat ini ke atas embryo haiwan menunjukkan terdapat kesan buruk, namun tiada kajian menyeluruh telah dijalankan ke atas (manusia) wanita hamil. Oleh itu, ubat ini hanya boleh digunakan ke atas wanita hamil jika ia benar-benar diperlukan oleh wanita hamil tersebut. Sekiranya anda mempunyai masalah cacing, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat dan rawatan yang sesuai kerana masalah kecacingan boleh menyebabkan anemia dan boleh memudaratkan kandungan dan anda.
Baca lagiSoalan berkaitan
Soalan popular




Mother of 3 bouncy son