Ubat tambah darah .
Boleh kee saye x makan zincofer @ maltofer . Saya makan zincofer loya , tukar ke maltofer pun sama asyik loya mutah 3 kali sehari . Kalau x makan xde pulak nak muntah² . Sihat jee sepanjang hari . Takpa ke tak makan ? #bantujawab
jangan laa macam tu awak . memang kita sihat je , baby kat dalam tu kita tak tahu . loya muntah tu mungkin sebab awak tak sesuai dengan ubat tu . zincofer tu memang kuat rasa besi dia bagi saya . cuba mintak tukar ubat cakap asyik muntah je makan ubat tu . saya dulu mula mula makan obimin loya ii , tukar zincofer muntah pulak . last sekali doktor suh saya makan ferous fumerate . dia dos rendah sikit tapi kena makan dengan ada beberapa ubat lain . saya pun lupa dah apa namanya . kecik kecik je ubatnya . satu lagi awak boleh cuba cara ni , cuba makan ubat tu dengan minum air limau nipis suam . makan time yang sama setiap hari kecuali time hari nak pergi check up . hari kejadian tu , awak makan ubat tu sebelum awak gerak . boleh amalkan pati delima gulsan/sunquick jugak . minum la bila bila nak minum tapi hari kejadian , minum dan makan ubat sebelum pergi . insha Allah hb naik .
Baca lagiKita memang sihat wakk. Tapi baby kita taktahu. Baby dalam supply oxygen dari darah ibu. Tu doc and nurse bising kalau hb turun. Hb rendah effect baby tau. Kalau saya, saya taktahu lah awak. Waktu saya amik zincofer, saya buat alarm setiap hari pukul 3 pagi. Sebelum tu saya dah sesiap readykan air ribena letak dalam peti ais. Alarm bunyi daya bangun pi dapur makan ubat dengan ribena sejuk. Lepas tu sambung tidur. Sebab mamai. Takde rasa nak muntah. Rasa nak tidur je 🤣 berjaya untuk saya. So sis boleh cuba or suruh je doc tukar ubat lain. Tapi iron tablet memang kena consistent amik. Kesian baby tak cukup iron nanti
Baca lagikena bagitahu doctor yang awak tak boleh tolerate dengan dua ubat yang awak mention ni, nanti doc akan beri yang lain sebab ubat tambah darah ada macam macam jenis. macam saya tak boleh tolerate dengan zincofer memang auto muntah, doc beri yang 4 sekawan tu alhamdulillah okay hb pun cun sampai sekarang.
Baca lagisaya x makan ubat yg klinik bagi sis. sy beli sendiri kat farmasi. sy makan ubat Sangobion (tambah darah) dan terus sy maklumkan pada doktor dan doc okay sahaja,dia suruh teruskan sahaja. Ubat Sangobion best, bau vanila coklat, x bikin mual dan senang telan
Jangan makan time perut kosong. Kalau tidak, memang kuat rasa ubat tu bila sendawa dan buat kita loya nak termuntah. Zincofer okay lagi sbb dia boleh makan bila2 masa (sebelum or selepas makan). Cuba ambil selepas makan berat, insyaallah okay.
Try makan yg 4 jenis yg kk slalu bg tu je..kecik je ubat..ferrous,vit B,folic acid,vit c…kurang rasa loya compared to zincofer/iberet,nak telan pon besar je biji.. jgn on off makan ubat,x elok utk tumbesaran bby…kena makan slalu
Saya pun macam awak, Hb semua cantik je. Sekali app , Hb buat hal tak cantik. Jammed kena ulang alik kk pulak , skrg saya nak taknak kena makan jugak maltofer tu. Harap next app saya Hb cantik la😭🤲🏻
ada sebab kk bg ubat tu walaupun hb awk cantik. untk baby jugak. mybe 2 jenis ubat tu xserasi dgn awak. bgthu dgn nurse mntk tukar ubat. try iberet ke.
saya dulu zincofer ambik sebelum nak tido. Alhamdulillah xde masalah. kalau makan perut ksong akan loya muntah. so saya tukar makan sebelum nak tido.
bole je x makan.. tp kena ambik iv vinofer.. saya pon mintak terus kat doc nak iv.. memang x la nak telan ubat . kembang tekak.. sanggup cucuk lagi..
mommy to AA