Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ibu yg fully bf blh ambik ke vaksin? atau xblh ambik lgsung.. atau ikut ibu, ambik xpa, xambik pn blh? sbb ada yg ckp blh ambik.. mohon pencerahan

4y ago

Sini saya bagi pencerahan, haha. Boleh puan! Siapa cakap tak boleh ambil vaksin walaupun puan fully BF? Cumanya buat masa ni, hanya pfizer dan astrazeneca saja yang dibenarkan untuk ibu BF. Nasihat saya, Puan jangan dengar cerita2 kat Facebook dan yang orang share kat Whatsapp tu. Banyak merepek saja! Puan kena ingat, kalau Puan kena COVID, Puan nak masuk hospital mana? Hospital semua dah penuh.