Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum doktor, Soalan saya, adakah semua jenis vaksin covid19 sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak? Terima kasih doktor.

Baca lagi
4y ago

Walaikumsalam Puan. Buat masa ini, kalau ikut guidelines KKM, hanya Pfizer saja yang dibenarkan untuk ibu hamil. Kalau Puan menyusukan, hanya Pfizer dan AstraZeneca saja yang boleh. Kalau puan nak dapatkan maklumat terbaharu, puan boleh rujuk di sini ya? http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/panduan/panduan-vaksinasi-untuk-ibu-mengandung-dan-ibu-menyusukan-bayi