bersalin anak first .
boleh ibu2 share pengalaman bersalin ? saya takut rasa bila nk bersalin . sbb org ckp anak first ni sakit sikit . Harap boleh share la pengalaman ibu2 kat luar sana .

rezeki saya dapat rasa ketiga2 tanda2 nak bersalin. bermula dgn contraction, turun darah dan pecah air ketuban. benda paling penting sekali yg saya belajar adalah teknik pernafasan masa tgh contraction. lebihkan focus pada pernafasan daripada fikir pasal sakit contraction tu. masa bukaan dah 2cm, saya ajak husband and mak pergi jalan mall. sambil jalan sambil bernafas dgn betul. tarik nafas ikut hidung dan hembus ikut mulut. mmg sgt membantu. tgh baring ke tgh duduk ke mmg gitu je cara saya bernafas. tapi itu sebelum pecah air ketuban. lepas pecah air masa tu mmg sakit yg tahap maksimum dah bagi saya. rezeki saya lagi bersalin satu jam selepas pecah air, doc predicted saya akan bersalin keesokan hari(lepas 8jam). sebab masa pecah air doc check bukaan baru 3cm. alhamdulillah selamat deliver baby boy at 37weeks, without epidural, tapi dapat gas entonox tu hujung2 masa dlm labour room. MAJOR TIPS : masa dlm LR cuba sedaya upaya utk ikut nasihat doc. mmg mcm impossible tapi insyaAllah awak boleh! dia kata push then push. dia kata stop push then stop. and bila nak push, push di perut ye bukan kat tekak. mcm kita nak membuang. hehehe. ANDDDDD jangan terangkat punggung ye. semoga dipermudahkan utk awakkk. insyaAllah!!
Baca lagi


