RESEPI PANCAKE NASI / MURTABAK NASI / NASI TELUR DADAR

Bila anak dah taknak makan nasi lembik2.. Kita cuba goreng2 pulak ye. Zaara dalam fasa taknak makan, tengah gatal gusi dan tengah melasak merangkak juga berdiri. Fokus pada makan dah terganggu. Pancake nasi ni nampak dia makan la jugak banyak suap jika nak dibandingkan nasi lembik. Now mamanya dah tau dia takmau nasi lembik dah . Taknak berkuah. Nak makan nasi butir2 macam org dewasa walaupun baru 10 bulan. Huhuhu. . Bahan bahan : Nasi (guna lebihan nasi yang dah masak ) Sawi ( stim ) Telur Ikan tenggiri (goreng kunyit )*optional. Tak de pun tak pe sebab dah ada telur sumber protein.* *sukatan agak2 sahaja ye sebab ni buat untuk 1@2 kali makan. Cara cara : 1. Gaul nasi, ikan tenggiri,dan sawi. 2. Dalam bekas lain, kacau telur sebati dan masukkan ke dalam nasi digaul tadi. 3. Masakkan di dalam kuali sehingga masak dan sedikit garing. *boleh jadikan sebagai finger food.. Kalau dia tak reti lagi makan sendiri, maknya kena suap sikit2 pakai tangan. Barulah rasa air tangan ibu ?. .

RESEPI PANCAKE NASI / MURTABAK NASI / NASI TELUR DADAR
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

👍