16/10/23 : 6 weeks1days sy telah keguguran 😢 anak first. Inshaa Allah sy redha 🥹

Berapa lama ye masa utk sy pulih? sy skrg tgh berpantang cara kpg. Kalau ekotkan pantang sebulan, tp cuti sy hny seminggu sbb kerja. Darah ni kluar brp lme ye? next period bln 11 baru boleh tahu waktu subur kan?

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Soalan: “Selepas gugur, bila saya patut cuba untuk hamil semula?” Jawapan saya: Ini bergantung kepada kesihatan badan individu dan kenapa anda gugur. Jangan pukul sama rata. Jangan cuba bagi nasihat kepada orang lain jika anda bukan doktor perubatan. A) Jika anda ada diabetes, jangan cuba hamil sehingga ujian darah HbA1C kurang dari 6.5%. TAK kira laaa berapa lama anda perlukan, tunggu sampai diabetes terkawal dan HbA1C kurang dari 6.5%. Sebabnya ialah HbA1C yang tinggi boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pembentukan janin atau kematian bayi. Dapatkan nasihat doktor anda bagaimana nak turunkan HbA1C ke tahap yang sihat. Ambil ubat atas nasihat doktor. Makan makanan sihat dan exercise. Jangan kata tunggu 6 bulan, jangan kata tunggu 2 tahun, sebab masa itu bukan penyembuh penyakit diabetes. Apa yang penting ialah anda berusaha mencapai HbA1C kurang dari 6.5% melalui ubat atau gaya hidup sihat sebelum anda hamil semula. B)Jika anda ada obesity, ini ialah salah satu penyebab keguguran walaupun tiada diabetes. Pertama kali check dulu jika anda juga ada diabetes sebab ramai orang yang obese juga ada diabetes tetapi tak tahu ada diabetes. Jika ada diabetes, buat apa yang saya nasihatkan di perenggan A. Kemudian jangan laa cuba hamil sehingga anda kurangkan berat badan yang obese dulu. Makan makanan sihat, suku-suku separuh dan exercise. Tunggu 6 hingga 12 bulan sehingga berat badan lebih sihat sebelum hamil. Ingat ya, sihat bermakna bukan obese. C) Jika anda ada penyakit thyroid yang tidak dikawal, ini juga boleh menyebabkan Keguguran. Jumpa doktor anda dan kawal dengan ubat sebelum anda hamil semula. Beritahu doktor yang merawat anda ingin hamil supaya guna ubat yang sesuai untuk kehamilan. Sejurus ia dikawal maka boleh terus hamil. Jangan tinggal ubat semasa hamil. Semasa hamil nanti, dos ubat perlu diubahsesuai untuk kehamilan maka anda perlu jumpa doktor pakar O&G yang ada kelayakan maternal-fetal medicine. D) Jika anda ada penyakit autoimmune seperti SLE, nephritis, rheumatoid arthritis, ini juga penyebab keguguran. Anda perlu dikawal dengan ubat immunosuppressant dan perlu di dalam remission dan dikawal selama 6 bulan sebelum anda hamil semula. Anda perlu jumpa pakar Maternal-Fetal medicine untuk pre-pregnancy counselling dan check up sebelum hamil lagi untuk merancang kehamilan bersama anda dan dipantau oleh pakar maternal-fetal medicine sepanjang kehamilan anda. Doktor pakar O&G juga perlu rujuk anda kepada doktor pakar Maternal & Fetal medicine jika anda hamil dan ada penyakit autoimmune disease. E) Jika anda sudah keguguran 3 kali berturut-turut pada 3 bulan pertama kehamilan, sila jumpa pakar O&G untuk membuat siasatan jika anda ada Polycystic Ovarian Syndrome atau Antiphospholipid syndrome sebab ada ubat-ubatnya untuk mencegah keguguran. F) Jika anda pernah gugur selepas 15 minggu kehamilan atau gugur pada bulan keempat, bulan kelima, atau kelahiran terlalu pramatang bulan keenam dan bulan ketujuh, pastikan anda dirujuk kepada pakar O&G dan jumpa pakar O&G pada 12 minggu kehamilan yang berikutnya untuk memastikan anda tiada Cervical insufficiency untuk mendapatkan rawatan yang boleh MENCEGAH keguguran selepas 3 bulan kehamilan dan MENCEGAH kelahiran terlalu pramatang. Selalunya pakar O&G yang tiada cukup pengalaman akan rujuk anda kepada pakar Maternal dan Fetal Medicine untuk usaha mencegah keguguran pada pertengahan kehamilan atau mencegah kelahiran terlalu pramatang. G) Jika anda tiada apa-apa penyakit dan gugur pada 3 bulan pertama, kemungkinan tinggi anda gugur sebab telur yang dipersenyawakan itu tidak boleh membentuk embryo, maka ia gugur. Bukan semua telur wanita itu sempurna dan bukan semua sperma lelaki itu sempurna. Ini bukan sebab makan buah-buahan. Ini bukan sebab exercise atau terlalu lasak. Ini bukan sebab angkat berat-berat. Anda boleh cuba kehamilan semula selepas darah nifas kering. TAK payah pun tunggu 3 bulan ke 6 bulan ke selagi anda sihat, tiada Obesiti, tiada penyakit dan sudah bersedia untuk kehamilan. Ramai orang yang sudah gugur sebab ini boleh mendapat zuriat yang sihat sebab bukan semua telur dan sperma anda ada masalah. Kebanyakannya Insyallah boleh hamil semula dan mendapat zuriat yang sihat. Analoginya ialah seperti pokok mangga. Bila berputik, ada beribu-ribu, ada yang jadi buah ada yang tak jadi, ada yang buahnya gugur, ada yang tak gugur, padahal pokok ini dapat air yang sama, baja yang sama, suhu yang sama, udara yang sama, cahaya yang sama. Jangan kata makan salah atau terlalu lasak laa kena bed rest laaa. Kalau embro jadi maka jadilah dia. Kalau tak boleh jadi, tak jadilah dia. Jangan salahkan diri sendiri dan jangan buat palatau mencari kesalahan orang lain jika anda bukan doktor. Jangan lupa ambil folic acid setiap hari sebelum hamil dan semasa hamil untuk mencegah kecacatan pembentukan tempurung kepala dan tulang belakang janin, iaitu mencegah neural tube defect. Folic acid ialah saranan untuk semua wanita yang nak cuba hamil, tidak kira anda pernah gugur atau tidak. Alhamdulillah Kementerian Kesihatan Malaysia bercadang memperkayakan semua tepung dan roti yang dijual dengan folic acid. Inilah mandatory fortification of folic acid in grains seperti yang sudah dibuat di 83 negara lain di dunia. Inilah usaha Public Health untuk mengurangkan risiko kecacatan janin neural tube defect. Walaupun cadangan ini menjadi realiti anda masih perlu ambil suplimen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil sebab ini ialah pencegahan yang terbukti lebih baik. Pantang makan makanan berkhasiat seperti buah, sayur, telur, ayam, seafood selepas gugur tu semua mengarut laaaaa, tak payah lah ikut selagi anda tiada food allergy. Pantang 44 hari selepas gugur tu pun tiada bukti berkesan untuk kesihatan dan tak payah ikut. Mengurut untuk membetulkan kedudukan rahim lagi laaaa mengarut. Tidak ada rahim wanita yang kotor. Produk mencuci rahim dari penjual overclaim tu tak payah beli naaaaa. Produk-Produk overclaim yang bukan saranan doktor-doktor tu semua tinggalkan naaaaa. Apa-apa masalah kesihatan individu, jangan tanya di sini dan jangan PM saya naaaaa. Saya tak buat consultancy perubatan di media sosial dan saya tak kerja di FB. Urusan saya bersama pesakit hanyalah di hospital saya saja. Sila buat appointment berjumpa doktor di klinik. Semua soalan perubatan untuk masalah peribadi yang ditanya di ruang komen akan kena delete terus supaya makcik bawang tak diberikan peluang menyebok bagi jawapan mengarut-ngarut di page saya. Ingat naaaaa, kalau anda bukan doktor, berhentilah memberi nasihat perubatan kepada orang lain sebab anda boleh memudaratkan orang lain dengan diagnosis dan rawatan yang salah dan anda melambatkan orang lain berjumpa dengan doktor perubatan. Jika orang lain tanya anda juga, sila bagi nasihat berjumpa dengan doktor di klinik. Inilah nasihat yang terbaik. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Dr Imelda Balchin, Consultant Obstetrics & Gynaecology Pakar Maternal & Fetal Medicine Masters in Public Health

Baca lagi
7mo ago

If doctor nasihat begitu, that means your case bukan high risk so you can start immediately. Ramai je lagi yg O&G advise to rest 3 - 6 months depends on their cases, mcm i sendiri. Cos ramai je yg tak follow then terjadi keguguran berulang. Doctor ni advise depends on kesihatan mommies, bukan nasihat yg general semua mommies dpt the same script

6w msih awl, rsanya x prlu pantang ketat sgt. ckup jaga rahim dn ksihatan je.. sy pn dlu msa ggur 11w x brp pantang sgt, mlm gugurrr full, esoknyaa plk dh kerja 😂😂x expect kn ggur mlm tu jugakk jd x smpat apply cuti awl.. msa tu sy bulan 10 2022, bulan 12 2022 dh ad prd normal blk (regular), dn bln 2 2023 tahun ni lekat blk alhamdulillah skg dh 36w ..

Baca lagi
7mo ago

alhamdulillah best ny dengar 🥹 kira habis je drh kluar smua dh boleh bsama ke sis? takde pantg mcm dktr ckp 6m ke atas utk rehat rahim?

Takziah buat sis. Tapi kalau baru 6w tak payah pantang macam orang bersalin sis. Gugur awal kehamilan ni macam period biasa je. Saya pernah gugur 7w. Buat macam biasa jee takde pantang2. Pergerakan pun tak terbatas. Kerja semua boleh buat macam biasa. Saya lagi lah lepas gugur, tak sempat period dah pregnant semula 😆

Baca lagi
7mo ago

Saya tak checkup kk. Fully swasta 😊 so far dr ok je. Cuma 1st trimester memang dr follow up rapat. Sebab masa 5w saya ada spotting lagi. So dr suruh jumpa 2 minggu sekali sampai dah ada uri baru sebulan sekali 😊 sekarang anak bertuah ni dah setahun sebulan. Hihi. InshaAllah ada rezeki sis.. 🥰

TapFluencer

Gugur awal kehamilan usually xyah pantang2 lagi sbab janin pun xjadi lagi. Jaga mkan je la. Kalau blh gap la 3-6 bulan baru pregnant balik. Saya prnah gugur 12w dah terbentuk janin pun saya pantang mkan je 2 minggu. Takde pantang mcm orng lepas bersalin tu.

im sorry to hear that.. xde pantang2 pun.. normally lps darah turun da ok dah.. yup next month slalunye cycle mcm biasa.. klu nak plan for next pregnancy, better tggu dlu.. jge mkn, jge ksihatn, once ready bley stat planning lg..

TapFluencer

ggur awl kehamilan xde pantang pun, just avoid fastfood dgn air manis. mmg cuti dktr bg seminggu saja.usually darah turun dlm 7 hari mcmtu. lps hbis darah 7 hari, lps sebulan usually period dtg balik

7mo ago

saya bfr this tunggu next period dulu baru bersama. tapi period lepas gugur tak tentu tau datang bila. depends juga. ada orang sebulan after gugur dah datang balik period. ada orang take time sikit. tapi seeloknya bersama tu after your rahim dah chill and getting better. and plan untuk ada anak seeloknya gapkan 3 bulan lepas gugur. rahim kita nak pakai lama. once dah gugur lagi la kena jaga betul betul. saya lepas gugur 6 bulan baru pregnant balik. then nanti andai kata awak ada rezeki pregnant balik, for first trimester jangan bersama dengan husb. sec trim baru bersama. ini untuk orang yang dah pernah ada sejarah keguguran. saya pregnant anak kedua pun spotting awal pregnancy sebab rahim tak kuat. tu pun saya takda bersama dengan husband sampailah sec trim baru berani nak bersama. apa pun saya doakan awak ada rezeki yang lain, inshallah.

klo boleh pantang lama sikit . pulihkan rahim tu dlu n pulihkan smngt n mental awak . then amalkan folic asid tu tiap hri , mkn kena jga . n jgn stres . insha-Allah lekat lg . yg pnting rest .

Sy pernah gugur jgak masa kandungan 6 weeks. Sy x dpt cuti lgsung. So sy keje mcm biase 2 hari lepas tu. Mntk sehari je off utk rehat2. Sy x pantang ape2.

Biasa 3 kali haid suci baru ikhtiar balik

Semoga kuat dan tabah ya