Sakit bawah perut tetengah malam

Bebaru ni, saya ada kena sakit bawah perut bahagian kiri. Dah 2 kali kena. Bukan macam senggugut tu tapi sakit yang tak tahu nak bagitahu sakitnya macammana. Macam tajam tajam gitu. Mencucuk cucuk. Yang pasti, saya kena tetengah malam masa tengah tidur. Saya terbangun dari tidur sebab sakit sangat & terus jerit "Sakit sakit. Sakit sangat!". Sampai suami pun terbangun sekali. Lagi satu, masa terbangun tu mesti saya tengah baring terlentang. Sakit tu pulak dalam seminit camtu. Pastu nak bertenang dari sakit tu dalam 5 minit camtu. Oh ya, saya ada cyst masa mengandung kali ni. Tapi masa doktor scan masa 4 bulan setengah haritu dah tak nampak, dah kecut camtu. Doktor kat KK pun kata bukan sebab cyst ni, cyst dah kecut. Doktor hanya boleh kata setakat ini okay saja tiada apa yang perlu dirisaukan. Mungkin sebab ligamen. Cuma kalau jadi lagi, saya perlu terus ke PAC/Kecemasan. Wallahu'alam. P/s : Saya saje bertanya di sini jika ada yang berpengalaman macam saya. Yang pasti, saya dah cerita kat doktor kat KK & doktor dah scan tapi takde pape. Semuanya okay saja. Baby okay. Uri okay. Cyst tak jumpa. Kalau ada yang berpengalaman, sudi sudilah berkongsi pengalaman di sini. Terima kasih. ☺️ #27minggu #ingintahu

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun sama macam awak. Sakit sangat. Baby pun rasa mengeras. Sejam sakit, hilang sejam dapat tidur, lepas tu sejam sakit balik lebih dari tadi sampai tak tahu nak buat camne. Check dgn doktor luar juga kk tak de masalah pun... Semua ok. heartbeat baby ok, uri ok, kencing kotor tak de. Saya tak de cyst or fibroid pun. Doktor luar cakap mungkin sebab round ligamen macam awak. Dia cakap mungkin baby nak membesar tapi rahim saya kecil dan urat tu meregang lebih. Sama macam awak, doktor sarankan saya pegi PAC kalau jadi lagi sebab dia pun tak pasti kenapa. Awak petite ke same macam saya?

Baca lagi
3y ago

Lebih kurang kot tu. Cuma saya kena one-off bila jadi tu. Dia tak lama sampai sejam camtu. Dia memang datang sekejap sangat. Dalam seminit ke 5 minit camtu. Tapi sekarang kadang ada datang juga tapi sekejap sekejap gitu je. Tak ganggu rutin harian. Huhu