Rasa nak bunuh diri

Baru lepas gaduh dengan husband pasal duit BPN . Betul ke dah masuk? Terasa juga diri nih macam di ambil kesempatan . Hsbnd saya kerja dengan mak dia so kira nya kerja sendiri atas family lah . Gaji adalah 1200. Saya tak bagi dia pakai duit BPN tuh . Dia cakap duit tuh duit bersama bukan untuk saya sorang . Sebelum nih saya kerja sekali dengan dia dekat kedai makan mak dia tulah kan . Duit mengasuh anak saya keluarkan , susu pampers anak saya keluarkan, beli barang dapur pun duit saya . Duit dia habis tak tahu buat apa . Siket pun kami tak boleh nak saving lagi walaupun 100 dalam bank . Gila papa kedana betul kami nih. Duit BPN sebelum nih pun habis dah pakai bayar duit pinjam along (saya tak tahu pasal dia buat pinjaman tahu pun last minit dia cakap terdesak nak pakai duit) . Dalam miskin miskin kami boleh dia pakai phone mahal Rog2 , boleh makan bugger hari hari tiap malam, boleh beli patung bodo onepeace dekat 100 ringget semua tuh . Saya nih kalau tak ada duit jangan cakap lah dekat husband pamper anak habis , susu anak habis semua tuh . Tadi dia marah saya dia cakap lepas nih duit dia duit dia , nak duit cari sendiri . Tuh husband sendiri cakap bukan pakwe . Meleleh air mata nih , gugur jantung saya . Rasa nak minum clorox je .

76 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Puan. Jangan kerana harta dan keretakan rumah tangga puan nak bunuh diri. Kami bukan boleh berikan solusi yang terbaik dan sebaik baik agama pon dah mengajar kita cara yang sebetulnya. Bunuh diri bukanlah satu solusi puan. Puan kena fikirkan anak anak puan. jika puan dah tak Ada, sanggup ke puan nak tinggalkan anak anak pada lelaki/ayah sebegitu rupa? apa nasib anak anak yang baru nak mengenal dunia? puan boleh cuba Cari duit sendiri cukup untuk makan pakai anak Pon tak apa Yang penting jangan terputus bekalan duit terutama untuk anak puan. Macam macam kerja dari rumah online yang Ada sekarang puan. Puan boleh cuba satu dua dan abaikan lelaki macam Tu buat sementara waktu. kejar matlamat nak besarkan anak dan kejar Dia maha Esa. Kami disini doakan Yang terbaik untuk puan Dan anak anak insyaAllah🌹☺️

Baca lagi
8mo ago

betul tu..sy pun sokong ni..bunuh diri xselesaikn mslh...kesian ank kita plak yg jena tanggung hidup dgn biawak mcm tu