Saya ambil epidural masa bersalin, tapi...

Baru-baru ni terbaca pasal isu suami yang cakap isteri dia guna epidural tu cheat code… terus trigger rasa dalam hati. Masa bersalin anak pertama, tengah contraction kuat sangat, saya dah tak tahan… terus minta epidural. Tapi bila cerita kat orang, ada yang cakap ‘rugi lah… tak rasa pengalaman sebenar bersalin. Entah kenapa hati ni masih terasa bila dengar macam tu. Macam semua usaha dan sakit lain tu tak valid. Rasa macam saya ni lemah, tak cukup kuat jadi mak. Kenapa masih ada yang anggap bersalin tanpa epidural lebih ‘original’? Sedangkan kita semua tahu tak kisah apa cara pun —bersalin tetap menyakitkan, mental & fizikal. Ada tak ibu-ibu kat sini yang boleh relate? Macam mana korang handle komen-komen macam ni?

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

pakai epidural ataupun tak , czer ke normal ke ttp ada juga pengorbanan seorang ibu melahirkan buah hati meskipun nyawa dihujung tanduk. yg ckp cheat code tu bkn merasa pun sakit beranak. yg hadap kita as ibu2. sy pun ambik epidural so awk tk perlu rasa ambik epidural ni dianggap sbg ibu yg tk perfect tk dpt alami sakit bersalin tu.Setiap bdn org tk sama nak tahan sakit bersalin sbb tu ad yg ambik epidural.

Baca lagi

Saya jenis put myself first. Sebab yg menahan sakit tu hakuuuu bkn kau 🤣 And mulut saya pun laju je nk hentam balik yg terpaling2 ni. Kalau saya reply je dah tu baik beranak kt rumah je barulah original. Apa barang beranak kt hospital huhu

Tak perlu ambil pusing dengan orang tak faham dengan istilah "rezeki" Fikir positif, setiap orang diberi rezeki merasai nikmat sakit bersalin berbeza. tapi ganjarannya tetap Allah SWT bagi..

kita yang czer ni pun sakit hati dengar bila ada yg ckp "senang bersalin tak payah teran, tak koyak bawah"..dia tak tahu struggle mcm mana tahan sakit lepas bius habis 🥲

7mo ago

saya sudah merasa dua2 normal n c section ke22 nya sakit beza dia sebelum dan selepas saja

if you in too much pain for a long period of time, you can lost your mind.

semua jenis cheatcode yg dikatakan tu tetap menjadikan seorang ibu yg kuat

kalau jantan masa kecik tak pernah bius ke masa sunat?

7mo ago

tu la tu..baru potong daging sikit hujung tu dh trauma smpai ke tua. ade hati ckp pompan pakai cheat code. spe yg ckp cheat code tu doa2 jelah dh tua nnti biar dia rse sakit yg kene operate bagai tu.