Newborn - susu dalam botol

Baby saya baru 6 hari. Saya punya susu banyak, tapi kebanyakan masa saya bagi dalam botol sahaja susu yang telah dipam. Mula2 saya tak bagi direct feeding sebab puting saya dah melecet, sebab saya sampai sekarang tk reti bagi direct feeding sangat. And lagi satu puting lagi sebelah agak leper. Nak tanya, gagalkah saya sebagai seorang ibu sebab tak bagi direct feeding :’)

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kita as a mother ni jgn berpaksikan “apa orang kata” sgt. To be a good mom doesn’t means kena df semata-mata. Nak df semata-mata sampai puting luka, at last baby minum susu dari puting berdarah, dapat penyakit je. Tak kisahlah susu badan direct ke, susu badan melalui botol ke atau formula milk sekalipun, nothing is wrong. Setiap ibu and anak Allah cipta yg terbaik dah. Mesti ada sebab dan hikmah why Allah ciptakan sesetengah wanita sedikit penghasilan susunya dan ada pula yg terlampau banyak penghasilan susunya. Regardless of whatever it is, a mom is still a mom. What we can do is keep improving ourselves ❤️

Baca lagi