Newborn - susu dalam botol

Baby saya baru 6 hari. Saya punya susu banyak, tapi kebanyakan masa saya bagi dalam botol sahaja susu yang telah dipam. Mula2 saya tak bagi direct feeding sebab puting saya dah melecet, sebab saya sampai sekarang tk reti bagi direct feeding sangat. And lagi satu puting lagi sebelah agak leper. Nak tanya, gagalkah saya sebagai seorang ibu sebab tak bagi direct feeding :’)

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dear awak tak keseorangan. Baby saya 2 minggu. Saya pun antara new mom yg tak dpt nk direct feed sampai baby saya turun berat badan teruk awal2. Masalah puting juga. So saya pun bagi susu guna botol. Dlm masa yg sama saya cuba nipple shield untuk direct feed. Alhamdulillah baby dpt latch cuma agak struggle kdg2 sbb baby dah biasa dgn flow rate puting botol susu. Jadi kdg2 dia stress bila susu lambat. Dan saya pun tak tahu dia minum byk mana dri direct. Pada awalnya saya pun menangis juga rasa gagal tak dpt direct feed tapi awak ingat 1 yg susu banyak tu pun 1 kejayaan dan rezeki untuk anak. As long as dia masih dpt minum susu ibu pun alhamdulillah awak. Saya fikir tu je sbb ramai juga ibu lain yg undersupply. Jangan risau ya. Nanti mungkin kita boleh cuba join class2 lactation untuk cari solusi untuk masalah kita 🥹

Baca lagi