PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

BABY KECIL Faktor yg mempengaruhi berat lahir baby : ?Tinggi dan berat si ibu - ibu yg tinggi, lagi berat si ibu ada kemungkinan dapat baby yg lebih berat. ?Ibu atau ayah baby dahulunya masa baby adalah jenis baby yang kecil. So kalau mak ayahnya jenis haluss, maka baby pun akan jadi kecil. Ni NORMAL. ?Bilangan anak yg dah ada - berat baby makin bertambah dengan setiap kehamilan ?Baby boy atau girl - baby boy biasanya lebih berat dari baby girl Baby kecil di atas ni semuanya NORMAL. Walaupun kecil, baby ni membesar seperti yang kita jangkakan dan mengikut graf. So, tak perlu risau. Walaubagaimanapun, ada baby yang tak membesar sebagaimana yang kita jangkakan. Tumbesarannya terbantut. ( Growth restricted ). Baby jenis ini perlukan pemantauan yang lebih rapi. Sebab-sebabnya ? ?Uri (placenta) tak berfungsi dengan baik - ada masalah seperti darah tinggi ketika hamil atau pre eclampsia. Ibu yang merokok, atau ibu ada masalah anemia (kurang sel darah merah) yang teruk ?Jangkitan ketika hamil yang mempengaruhi tumbesaran bayi ?Baby yg ada masalah genetik menyebabkan tumbesaran terbantut Kalau baby tu kecil, tapi sihat dan membesar - takda masalah. Tak perlu risau Kalau baby tu kecil dan tak membesar, ada kemungkinan baby tu boleh meninggal secara tetiba, ataupun meninggal sejurus sahaja dilahirkan. Lagi awal masalah ini terjadi masa kehamilan, lagi banyak masalah yang timbul pada baby. Kalau baby tu dah besar then tetiba ada masalah tumbesaran, kesannya tak lah seteruk pada baby yang ada masalah tumbesaran pada awal kehamilan. Setiap kehamilan akan dinilai oleh doktor samaada peluang untuk dapat baby kecil tu tinggi atau tidak Kalau peluang utk dapat baby kecil RENDAH, Setiap appointment dari 24 minggu kehamilan, nurse akan mengukur rahim ( symphisio fundal height ). Bacaan ini akan direkod dan di plotkan pada graf. Daripada bacaan ini kite dapat tahu baby tu membesar secara normal atau tak secara kasar. Kalau tumbesaran tu perlahan, ibu-ibu ini akan dirujuk pada doktor untuk buat scan. Kalau peluang untuk dapat baby kecil tu TINGGI, ibu akan dirujuk awal untuk buat scan secara berkala bila kehamilan berusia 28 minggu ke atas. Ada sejenis scan dinamakan Uterine artery doppler dibuat pada 20-24 minggu dan bergantung kepada keputusan ini, doktor akan tentukan scan selanjutnya ( tak semua tempat boleh buat scan ini ) Kalau dah confirm baby tu kecil dan tak membesar, ibu perlu menjalani ujian : ?umbilical artery doppler ( UA doppler ) : tengok pengaliran darah pada tali pusat ?CTG - graf jantung anak ?Ukuran air mentuban ( Amniotic fluid index ) Ibu akan dirujuk ke pakar fetomaternal dengan lebih kerap dan scan terperinci ( detail scan ) dibuat jika ada masalah pada pengaliran darah pada tali pusat ( abnormal UA doppler ) Bergantung pada tahap tumbesaran bayi, UA doppler, doktor akan menilai bila sebenarnya waktu yang selamat untuk melahirkan bayi tersebut. Nak kena timbang tara antara meneruskan kehamilan dengan risiko baby meninggal secara tiba-tiba dan melahirkan bayi pramatang dengan pelbagai komplikasi yang berkaitan bayi tak cukup bulan. Bukan keputusan yang mudah. Dalam proses pemantauan ni, kalau baby tu membesar, dan Doppler normal kebiasaannya kehamilan akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya cukup bukan iaitu 37 minggu. Kalau perlu melahirkan baby yang tak cukup bulan, ibu akan diberikan suntikan steroid untuk bantu kurangkan risiko bayi ada masalah pernafasan selepas dilahirkan. Kalau tiada apa-apa masalah lain, ibu lazimnya boleh je bersalin secara normal dgn pemantauan sangat rapi sepanjang tempoh bersalin. Jika UA doppler ( pengaliran darah pada tali pusat ) tak normal, doktor akan memberikan cadangan ibu supaya menjalani pembedahan caesar sebagai cara yg lebih selamat. Bayi yang lahir ini akan dipantau oleh doktor baby. Tengok la berapa berat lahir dan berapa minggu baby tu dilahirkan. Kalau perlu masuk wad baby, doktor baby akan cakap pada ibu. Bukan semua baby kecil tu baby yang bermasalah. Baby kecil yang tak membesar ( Baby IUGR ) - ini yang perlu pemantauan rapi dari semasa ke semasa. Dah jenis baka memang halus-halus, mcm mana la nak dapat baby yang besar kan? Asalkan dia membesar syukur dah.

Soalan popular