pls sesiapa yg tau pasal ni tolong jawab
ayat macam ni dah 2kali dia bunyi boleh jatuh talak ke atau macam mana tapi saya masih mengandung belim bersalin lagi.

Maaf puan; Kebanyakan kes penganiayaan fizikal berlaku bermula dengan kata-kata seperti contoh chat puan diatas, jadi saya sarankan puan untuk mengambil tindakan awal. Fikirkan masa hadapan puan dan anak. Tanpa seorang suami atau bapa tidak merugikan pihak puan dan anak, jika sikap tersebut sangat toksik untuk perkembangan anak dari segi emosi mahupun kesihatan mental. Keadaan puan juga mungkin turut terjejas. Lelaki seperti ini pandai 'play victim'. Dia akan nampak puan yang salah. Bagi dia seperti hak dia buat puan atau anak yang bakal lahir apa sahaja ikut suka hati, jika puan masih memilih untuk 'stay' bersama sebab anak. Sayangkan diri dan anak dulu puan. Dapatkan pertolongan pihak lebih arif tentang hal ini. Rujuk kepada pejabat agama. Simpan semua bukti puan. Semoga urusan puan dan anak bakal lahir dipermudahkan ♥️
Baca lagi

