Nk ada kn susu

Hi asslm , skg sye dha msok hari ke dua pantang . Ada siapa tahu tak mcm mne nk ada kn susu badan hm sye sumbat je puting sye kt baby lepas tu tk smpai bpe minit diaa nangis sbb haus sgt sye terpkse bg dia susu fm . Mcm mne ye nk adakn susu badan.

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Seorang ibu bertanya di satu group media sosial, bagaimana nak membanyakkan susunya untuk bayi yang baru dilahirkan? Ibu ini bimbang sebab susunya hanya sedikit. Kemudian, muncul pula penjual produk overclaim menjawab soalan ibu ini. Dia kata, dia amalkan Jus xx, susu dia jadi meriah banyak, boleh fully breastfeed, tak tinggal puasa 30 hari pun banyak susu dan xpenat pun. Diikuti dengan nombor whatsapp. Siapa yang berpuasa 30 hari di bulan Ramadan dan tak rasa penat? Toksah laaa menipu ibu yang keletihan. Siapakah di kalangan ibu yang baru bersalin, walaupun tak berpuasa, yang tak rasa penat? Toksah laaa menipu ibu yang keletihan. Kita baca testimoni macam ini pun kita tahu penjual ini mengambil kesempatan dan tak ada rasa empati. Tak berdosa kah anda menipu ibu yang baru bersalin? Tak rasa bersalahkah anda memberi nasihat kepada orang yang terdesak meminta pertolongan dengan cadangan yang hanya menguntungkan diri anda sendiri, dan tidak memanfaatkan mereka yang meminta pertolongan? Jika kita beri nasihat, sepatutnya, nasihat itu membantu orang yang meminta pertolongan, bukan mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri. Tak malukah anda? Semalam, seorang ibu yang baru bersalin bertanya saya soalan yang sama. Ibu ini tanya apa yang ibu patut beli untuk milkbooster sebab bimbang susunya terlalu sedikit. Nasihat saya kepada ibu-ibu, tak payah beli produk-produk overclaim. Nasihat yang kita semua patut berikan kepada ibu ini ialah menggalakkan bayi menghisap puting payudara ibu dengan kerap, sebab pengeluaran susu badan pada peringkat permulaannya memerlukan stimulasi dari bayi dengan kerap untuk meransangkan payudara ibu membuat susu, bukan minum Jus overclaim. Inilah yang dinamakan ‘The let-down reflex’ atau ‘milk-ejection reflex’. Pada hari yang pertama, kebanyakan bayi belum lagi kelaparan dan boleh tidur berjam-jam. Jangan benarkan bayi tidur lama-lama. Gerak bayi dan galakkan bayi menghisap puting ibu, walaupun badan rasa penat selepas bersalin. Bila bayi menghisap, bayi akan merangsangkan banyak urat saraf yang berada di dalam puting payudara ibu. Urat-urat saraf ini berhubung dengan kelenjar pituitari di dalam otak yang kemudiannya akan melepaskan DUA jenis hormon ke dalam darah ibu. Hormon yang pertama ialah Prolactin. Bila prolactin yang dilepaskan dari kelenjar pituitari otak ibu ke dalam darah ibu sampai ke payudara, ia bertindak ke atas sel-sel alveoli dalam tisu glandular payudara ibu untuk MEMBUAT SUSU. Hormon yang kedua ialah Oxytocin. Oxytocin ini menyebabkan susu yang baru dibuat ditolak keluar dari sel-sel alveoli ke dalam banyak salur-salur kecil yang dinamakan ‘ducts’ ke arah puting ibu. Hormon oxytocin ini menyebabkan sel-sel alveoli menguncup dan salur-salur ducts mengembang untuk membantu pengaliran susu ke arah puting, kadang-kadang sampai basah badan dan baju ibu keluar susu dari sebelah kiri jika bayi sedang menyusu di sebelah kanan. Lebih kerap bayi menghisap, lebih hormon-hormon ini dilepaskan. Bila bayi berhenti menghisap dan penyusuan bayi dihentikan, kilang membuat susu menjadi kurang aktif dan susu berkurangan sehingga tiada lagi susu, tidak kira apa yang ibu makan. Jadi nasihat utama untuk ibu-ibu ialah rajinkan menggalakkan bayi menghisap dan kerap menyusu bayi sebelum memberi ibu nasihat apa nak makan. Nasihatkan ibu supaya bertenang dan bersabar, sebab stress boleh mengurangkan pengeluaran hormon-hormon ini. Berikan ibu keyakinan diri dan ketenangan hati, bahawa susu yang sedikit pada hari pertama pun mencukupi sebab kualiti colostrum yang sangat tinggi walaupun hanya sedikit pada hari yang pertama. Jangan paksa ibu pantang makanan berkhasiat lepas tu suruh ibu beli produk overclaim. Ini hanya menambahkan stress kepada ibu-ibu. Galakkan ibu minum air secukupnya, 8 hingga 12 gelas air sehari, makan protein yang berkualiti seperti susu telur ayam dan ikan tanpa manakut-nakutkan ibu-ibu tentang mitos, dan makanlah berbagai sayur-sayuran dan buah-buahan berkhasiat. Pantang macam-macam boleh menyebabkan ibu stress, dan stress boleh mengganggu hormon ibu yang membuat dan melepaskan susu ibu. Kemudian, tambahkan usaha dan kerapkan menyusu. Tanpa usaha ini, makan apa pun, tak cukup susu juga. Inilah dinamakan supply by demand. Berikan ibu semangat bahawa kerap menyusukan bayi ini juga menggunakan kalori yang menurunkan lemak badan ibu yang berlebihan, mengurangkan risiko kanser payudara, kanser dinding rahim dan kanser ovari, mengurangkan risiko ibu mendapat diabetes, mengurangkan risiko kepada bayi jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kerongkong, mengurangkan risiko bayi mendapat asthma, mengurangkan risiko bayi mendapat kematian mengejut atau sudden infant death syndrome, mengurangkan risiko bayi mendapat leukaemia dan diabetes di masa depan mereka. Jangan lupa nasihat utama ini, dan berikanlah ibu semangat dan keyakinan diri sendiri, bukan suruh beli produk overclaim. You can do this mummies. Nasihat ini percuma saja, for all the wonderful mummies. P/S. Sila lihat gambar di bawah. Apa yang penting ialah tisu glandular yang mengandungi sel-sel alveoli, bukan lemak yang mengelilingi payudara. Jangan membuat andaian ibu yang mempunyai saiz payudara kecil tak boleh buat banyak susu, sebab apa yang membuat saiz payudara itu besar hanyalah lemak yang berkumpul di sekeliling tisu glandular. Lemak tu tak buat susu pun. Kredit to: Dr Imelda Balchin

Baca lagi

try urut... cari org tukang urut... nnty dia thu buat mcm mne... sy dlu tukang urut tu dtg 3 hari urut badan sengkak semua dia buat, then lpas urut tu kne bengkak susu sbb tetiba susu bnyk pulak... trus pam susu, lpas tu ibu bnykkn mkn waktu pntang tpi jgn mkn bnde sejuk

VIP Member

Teruskan bagi baby isap susu sbb itu yg merangsang susu keluar n jgn stress. Mcm sy dulu hari pertama n kedua pun susu susah nk keluar. Sy terus kan je bg baby susu n pada hari ketiga banyak dh susu sy sampai bengkak2.

Sis try mkn brokoli...sy dlu ari2 mkn brokoli..alhamdulillh susu pn byk...pemakanan mmg kena jaga sbb mula2 susu nk kluar kn. Mmg effct tu pemakann ibu

Pemakanan kena jaga sis..bykkan mkn sayuran n mknn yg bykkan susu..sis pn kena urut juga..dan teruskan juga bg bby.. lama2 akan kluar susu..

banyakna makan sayur and kasih bersih puting ngan air suam guna tuala kecik or saputangan

Panggil tukang urut sis.. insyaallah lepas urut bnyk lh air susu kluar

Sis try urut..teknik mengurut ada kat youtube..guna sapu tgn suam..

bg je susu badan lama2 nnt akan ada.