Release tension

Assalamualaikum, saya ibu anak satu berumur awal 30an. Saya ada masalah baran dan sangat susah nak kawal sejak anak dah faham arahan. Bila suruh dia buat pekak, bila kita ugut dengar pula dia. Selalunya bab makan, bila duduk dengan orang lain elok je makan. Kat rumah sendiri dia selalu tak nak makan. Lepas tu bila suruh kemas mainan nanti dia jawab dia nak main lagi, bila orang nampak rumah tak kemas orang bising2 rumah bersepah. Kita ni kemas tak sampai seminit dia dah sepah balik. Kadang saya cuma nak ada orang yang boleh dengar saya share cerita tapi bila kita cerita kat suami, dia bz dengan hp. Tak dengar mana pun kita cerita, bila dia tanya balik terus rasa turn off nak cerita sebab macam kita cakap dengan dinding. Kadang bila saya naik angin, saya terpukul anak, cubit . Lepas tu memang rasa menyesal sangat, anak baru umur 3 tahun apa la yang dia tau. Susah jadi surirumah lepas tu tak ada kawan nak share cerita. Ada ibu ibu lain yang senasib dengan saya tau cara nak tenangkan fikiran ?? Saya memang cepat triggered bila anak tak dengar cakap kalau saya ulang lebih 3 kali, terus baran saya naik.

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya di kurniakan anak sulong pada usia 40. yes sgt mencabar. mula2 saya marah2 end up anak ikot apa kita buat. tengking2, memukul. lepas tu saya cari info berkenaan parenting. saya ikot dan letgo sahaja. biar lah apa anak nk buat tp masih dalam pantauan. kalau salah ttp betul kan. ade waktu nye anak kena marah tapi bukan selalu di marah. dan keadaan rumah saya biar kan je. selagi tak kotor, bersepah tu pejam mata je la. now at 43 saya ade baby ke dua dah 8 bulan. lagi la huru hara. saya amik konsep, mental saya, mental emosi anak2 saya lebih penting dari segala kesempurnaan. anak boleh di ajar kemas brg2 dia. tapi kalau dia buat sikit je, kita kena faham. mereka tak boleh fokus sama mcm org dewasa. slowly lama2 nanti u will be ok

Baca lagi