Release tension

Assalamualaikum, saya ibu anak satu berumur awal 30an. Saya ada masalah baran dan sangat susah nak kawal sejak anak dah faham arahan. Bila suruh dia buat pekak, bila kita ugut dengar pula dia. Selalunya bab makan, bila duduk dengan orang lain elok je makan. Kat rumah sendiri dia selalu tak nak makan. Lepas tu bila suruh kemas mainan nanti dia jawab dia nak main lagi, bila orang nampak rumah tak kemas orang bising2 rumah bersepah. Kita ni kemas tak sampai seminit dia dah sepah balik. Kadang saya cuma nak ada orang yang boleh dengar saya share cerita tapi bila kita cerita kat suami, dia bz dengan hp. Tak dengar mana pun kita cerita, bila dia tanya balik terus rasa turn off nak cerita sebab macam kita cakap dengan dinding. Kadang bila saya naik angin, saya terpukul anak, cubit . Lepas tu memang rasa menyesal sangat, anak baru umur 3 tahun apa la yang dia tau. Susah jadi surirumah lepas tu tak ada kawan nak share cerita. Ada ibu ibu lain yang senasib dengan saya tau cara nak tenangkan fikiran ?? Saya memang cepat triggered bila anak tak dengar cakap kalau saya ulang lebih 3 kali, terus baran saya naik.

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya senang je. Rumah saya so nk sepah ke apa ikut saya. Org nak cakap tu dorang punya pasal. Rasanya semua yg pernah ada anak kecik kt rumah tau la betapa dilanggar todaknya rumah kita ni tak kisah la anak berapa pun. Budak lagi, mmg nature dia main & explore. Kalau saya asek suruh dia jgn sepah, ibarat saya stop dia punya growth & skills yg dia tgh develop. Tak sanggup saya nk wat camtu hanya kerana nk puaskan hati org yg complain rumah saya sepah. Berapa umur anak sis? Enjoy the moment & abaikan kata2 org, bukan ada auditor nk dtg audit rumah kita pun. Bila dah sekolah nanti focus study pula dah kurang dia main2. And yesss mmg kita perlu ajar/train dia mengemas slow2, tp jgn expect kita suruh sekali terus bertukar jadi hotel plak. Saya practice camni je, kalau sakit mata rumah sepah jgn tengok. Suami pun tak berani nk complain sebab saya selalu tinggalkan dia dgn anak, me time sorang2 makan sushi ke kan. So husband tahu dah betapa gempanya rumah & dia pun practice the same thing. Sis pergi lah me time sesekali. Bagus for your mental health. Anak lelaki saya tahun dpn dah form 1. Saya rasa mcm baru semalam saya lahirkan dia. Kejap je dia besar. Dia membesar dgn kenangan yg saya tak pernah sikit pun cubit pukul dia. That, he remembers for the rest of his life. Mendidik tak semestinya kena pukul, cubit baru anak dgr kata. Yg tak dipukul pun masih ramai yg jadi manusia. Why saya tak pernah pukul? Sebab saya membesar dgn mak yg suka pukul, cubit sampai berbekas. My mental sgt tortured sampai pernah nangis terfikir kenapa lahirkan saya pastu pukul saya. Dari sekecik2 saya, saya ingat saya dipukul. Not sure lah 5 6 tahun kot. I remember that for the rest of my life. Cukup lama saya membesar tak suka kan mak saya, time study saya malas nk berhubung. Time dah kerja saya protest tak balik rumah. And sometimes saya ungkit kes dia pukul2 saya tu. Kita ni once dah pukul sekali, nanti boleh jadi habit. So better stop. My mom sampai pernah minta maaf. So bila dah kahwin saya let bygones be bygones je.

Baca lagi
1y ago

Anak baru 3 tahun buat sepah kena marah & pukul 😭😭😭 Kesian anak nk nain pon x bebas.. da mcm membesar kt rumah anak yatim pulak sory to say 😭😭😭 sbb kwn sy rumah dia sebelah rumah anak yatim.. kesian sgt tengok budak2 kcik xde kebebasan mcmtu