Minum air gula

Assalamualaikum ibu-ibu. Saya mom to be. Saya baru lepas minum air gula. Bacaan gula dalam darah normal sebelum minum air gula, tapi selepas jadi tinggi sehingga suspek kencing manis. Setiap kali check up, doc puji bacaan darah saya cantik. Lepas minum air gula katanya kandungan gula tinggi. Saya jadi stress. Ada ibu yg sama pengalaman macam saya? Terima kasih.

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Lain2 tu sis , bacaan darah dgn bacaan gula tu bahagian lain. Mungkin yang cantik tu bacaan tekanan darah BP @ HB Untuk hb cantik 11.0 ke atas 🥰 Untuk bacaan air gula: (Ambik darah pertama) untuk fasting blood sugar range normal : 3.5 - 6.0 Untuk selepas minum air gula (2 jam) dan (ambik darah kedua) normal range : 3.9 -6.7 If tinggi dari 7.8 tu kiranya sangkut la, tapi boleh repeat minum selalunya 2 kali. Saya haritu alhamdulillah sekali saja minum, dan result pon cantik🤲🏻❤️ apa2 pon semoga urusan sis dipermudahkan segalanya amin🌹

Baca lagi
2y ago

Haah sebelum minum pon dia ada had dia fasa tinggi nak ke 6.0 tu pon dorang kata tinggi😮‍💨 tabah je la dia kene bawah 5.0 baru result lepas dua jam tu cantik👍🏻