Air Selusuh ?

Assalammualaikum ibu²,saya nak tanya pendapat dan pengalaman.Perlu ke air selusuh ?? Saya hujung minggu ini kena serah diri 38week GDM on metformin ,skrg 37week 3days. Tanda² nak bersalin memang tak ada langsung .Kalau tak ada mmg redha la untuk di Induce 😥. Nak dijadikan cerita mil dah sediakan air selusuh minggu lepas suruh minum.Jadi saya tak minum² pun sampai sekarang, sebab macam2 saya baca banyak yg kata jangan salah 1 sebab ada kata kontraction je kuat nanti janlan tak buka²,Macam2 la yg saya baca di club ibu mengandung dekat FB. Tapi bila asben dgn mil tanya .saya cakap dah minum pun 😅nanti bila cakap alasan macam tu sebab taknak minum saya ďipersalahkan 🤗🤣 masih was² ragu² .pening semua ada. #firstbaby #firstmom #seriusnanya #ingintahu #pleasehelp

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tak perlu sis. Seumur hidup saya, tak pernah dengar air selusuh ni. Masuk komuniti TAP ni baru tahu kewujudan air selusuh ni. Even my gynae dah pesan awal2, jangan mudah terpengaruh dengan supplement overclaim dan tips2 yang tiada manfaat. Apa2 rujuk doktor terus.

2y ago

Not sure sis sebab my family tak pernah pun sebut2 air selusuh. Dari tok saya sampai la cousin2 saya and saya sendiri, kitorang takde pulak di perkenalkan dengan air selusuh ni. Yang pasti air selusuh ni tak sama macam air zam zam. Jauh sekali nak di samakan. Air zam zam bukan air doa2.