Tanggungjawab

Apa pendapat tuan/puan jika suami bekerja manakala isteri pula tidak bekerja kerana belum dpt kerja tetapi suami menuduh isteri pemalas duduk rumah terkangkang/goyang kaki tak kerja sdgkn isteri lah yg menjadi pembantu rumah, tukang masak, pengasuh, tukang cuci dll. Isteri kerja & on call 24 jam 7 hari seminggu di rumah tanpa cuti & upah satu sen pun. Suami hanya tahu balik rumah duduk bilik asing kunci pintu main telefon smp jam 6-7am, bangun pergi kerja lmbt dikatanya jaga anak pd kwn2, keluar lepak & main badminton. Dia kata tanggungjawabnya hanya mencari duit shj. Kan salah tu. Tengok isteri pun tak nak. Lpstu dikatanya kita mcm budak kecik. Ramai ke lelaki/suami yg mcmni?

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Dalam rumah tangga memang ada ujian. Cuba ingatkan suami. Anak tu pun perlu belaian dan perhatian bapa dia. Dia mungkin tak pernah rasa lagi mommy bagi dia jaga anak sendiri. Baru dia tahu lelah nya menjaga anak dan duduk di rumah tu bagaimana. Sejujurnya saya juga tidak bekerja tetapi kadang suri rumah ni bukan pilihan dia untuk duduk di rumah pun. Cuma mungkin belum ada rezeki jika nak bekerja pada masa yang sama rasa tak sampai hati nak tinggalkan anak tu ada. Sekarang semua kos pun meningkat. bab suami tu kalau komunikasi tak jalan, banyakkan berdoa ya mommy. Moga Tuhan jentikkan rasa belas pada suami terhadap mommy. Saya tak gemar bila cakap bekerja penat. Sebenarnya duduk rumah buat kerja rumah pun penat

Baca lagi