Antivaksin
Apa pendapat korang tentang antivaksin? Saja tanya. Btw sy bukan antivaksin. Cuma ada lah org yg sy kenal mmg proudly mengaku diorg antivaksin. Sy ada jumpa setakat ni 2 org la yg mmg mengaku dia antivaksin n x bg anak cucu dia ambik vaksin. Katanya anak dia yg x ambik vaksin tu lg kuat antibodi dia, x mudah sakit, kalau sakit pun cepat elok. Lg sorg pulak ckp kalau ambik vaksin akan ubah DNA kita. N yes, both people are religious person (muslim). I asked my friend's opinion on this, dia kata bagi dia, antivaksin ni sbnrnya penunggang agama. What say you?

Dia nak anti vaksin, ikut dialah. Yg saya tak suka, ajak orang lain dan tanggungan mereka utk sama2 anti vaksin. Lagi satu vaksin ke anti vaksin, usah saling mengecam, mengeji, sarcastic bagai. Sila beradab. Saudara saya dulu memang terkenal ye dgn dakyah, mengecam di medsos paling dahsyat ya pasal vaksin, doula, covid dll. Dia pernah kata kat saya, kalau antivaksin tak boleh pergi hospital ke? Saya kata boleh. Then, saya tak judge dia. Sy pun tak tahu dia ni bersalin di hospital ke atau di rumah. Kita tak nak benda ni jadi bahan borak jika ada keramaian saudara mara. Pentingkan ukhuwwah dan silaturrahim kerana Allah. Yg saya tak suka; tiada adab dlm media sosial.
Baca lagiPendapat saya, vaksin ni penting untuk build herd community. Lagi ramai ambil vaksin, lagi imun dekat penyakit tu. Kalau boleh saya taknak anak saya rapat dengan anak orang lain yang tak ambik vaksin. Saya percaya semua penyakit & sihat datang dari Allah, dan vaksin ni adalah salah satu ikhtiar dengan bergantung kepada Allah. Sebab telah diuji & berkesan dengan ilmu sains & bukannya jampi serapah yang boleh mensyirikkan Allah. Bagi saya memang ada yang kena kesan tak elok lepas ambil vaksin, tapi mungkin kerana untuk badan bertindak balas & melawan dengan lebih efisien nanti. Sebab saya taknak menyesal di kemudian hari.
Baca lagiantivaksin orang yang bijak. sebab sebelum dia masukkan bahan bahan yang boleh beri kesan kat badan dia kemudian hari , dia check dulu . sebab kalau dah masuk tak boleh undur. orang kata nasi dah jadi bubur. bijak , tak mudah percaya cakap orang. ada ilmu , tegas dan ada pendirian. pandai jaga kesihatan badan . bukanpenunggang agama. apa kaitan dengan agama ea . kalau orang bukan islam atau atheis la senang cakap kan. tak percaya agama dan dia antivaksin. dia penunggang agama ke ? huhuhuhuhu
Baca lagiawak islam orthodoks ke? awak bertuhankan habbatussauda, madu, kurma dan ruqyah ke? bagus lah tak jadi doktor. buat apa belajar kalau tak amalkan ilmu.
Pendpat sy, Biarkn la dorang tu.. vaksin bukan wajib dan stiap parents mmg ada hak nak ambil utk anak ke x.. dorang lg tau apa yg terbaik utk anak.. dia nak kata apa2 psl vaksin biarkn je.. stiap org ada pnpdat msing2.. kita xyah nak btlkn dia, xyah nak paksa dia, xyah nak berdebat dgn dia.. iyakn je.. masing2 tau apa yg terbaik utk anak, tau pilihan masing.. ok dah.. tu je.. kang sendiri yg stress/marah dgn org tu 😂
Baca lagisy bukan antivaksin. kalau boleh semua vaksin termasuk yg tambahan semua sy nak ambik. cuma sy tgk pengalaman org lain ambik vaksin pneumococcal, anak dia sakit lepas vaksin smpai masuk wad. vaksin tu je sy tak ambik utk ank sy. yg lain sy ambik.
x pe...nk ambil atau tidak, terpulang masing².. klau kita ambil x yh kondem orng x ambil, bgitu jga pda yg x ambil, jng kondem orng yg ambil vaksin...
Kalau satu hari anak dia kena penyakit yg dia tak vaksin macam polio, kesian dia. Anak bila dah besar, pegi sekolah, universiti, kerja, will be exposed to more people and disease. If can prevent through vaccine, why not.
Terpulang pada mak bapa nk ambik pun boleh tk ambik pun boleh sbb itu adalah pilihan tiada paksaan cumanya jgn menghasut org lain..Pada sy untk anak sy sy tk bagi vaksin mr cukup la kita yg dh byk vaksin ne 😅😆
sye bukan provaksin or antivaksin, tp vaksin yg wajib semua anak2 sye dh lengkap. yg baru2 ni je tambahan MR tu sye xamek untk anak2. xtahu knp hati rasa berat sgt nk bg.
semua vaksin saya ambil.. alhamdulillah anak saya jarang sakit. atleast saya dah lepas tanggungjawab saya sebagai parents ikthiar untuk immune anak daripada sakit..




✨3️⃣Boys_1️⃣Girl✨