Campurtangan Mertua

Apa pendapat anda tentang mertua yang masuk campur urusan anda dan pasangan?

Campurtangan Mertua
42 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman sy, semasa mengandung anak ke-3. Ada 1 mggu tu nak kena balik rumah mertua sebab anak buah suami nak sambut ulangtahun kelahiran. Kebetulan anak sulung saya demam, tinggi jugak panasnya. Sy minta suami bawa anak ke klinik ambil ubat dan suruh dia & anak ke-2 aje balik ke sana. Tapi suami taknak, siap ugut kalau taknak balik rumah makbapak dia.. jgn harap nak bawa anak sulung tu ke klinik. Dikira ugutanlah ni. Jd nak taknak dgn berat hati dan berat bawa perut lagi, terpaksa jugalah bersiap ke sana. . Bila dalam perjalanan ke rumah mertua, saya cakaplah kena bawa anak dulu ke klinik ni. Tapi suami tak peduli dan terus directly ke rumah mak ayahnya. Sebelum tiba di rumahnya barulah dia bawa anak sulung kami ke klinik. Langsung x tolong saya nak bawa anak sulung yg demam menggigil2, nak pimpin anak ke-2 dan nak bawa perut lagi. Dia terus keluar kereta sorang2 meluru dalam klinik sambil bercekak pinggang tunggu sy urus anak2 dari dalam klinik pulak tu. Nurse semua tengok je sikap dia dan tengok sy dengan muka kesian tapi mereka pun tak boleh nak cakap apa. . Masa tu sy memang sakit hati, marah & benci dgn sikap suami. Sampai terbawa2 ke rumah mertua sebab situasinya berlaku memang dah nak hampir sampai di kawasan kediaman mertua pun. Bila sampai tu biasalah, bersalam2 dgn ahli keluarga yg ada.. cepat2 sy masuk bagi anak makan dan nak terus bagi makan ubat demam. Nak dijadikan cerita... mak mertua asyik tengok perangai sy sejak kami sampai. Langsung taknak tegur atau bercakap dgn sy. Dia terus assume sy biadab sebab sy tak bersalam dgn dia katanya dan buat muka masam. Sy punyalah mencari dia ms mula2 sampai sbb nak bersalam, rupanya dia dah hilangkan diri dulu sebab nampak muka masam sy. Padahal saya & suami baru je habis bergaduh lepas kejadian kat klinik tu. . Sy & suami yg bergaduh hal keluarga kecil kami tapi mak mertua yg sentap sampai berbulan2 lamanya taknak bertegur sapa kononnya kecewa dgn sikap sy. Sampai kakak ipar sy ikut masuk campur hantar whatsapp personal, kecam di whatsapp group, ganggu socmed sy dan kecam sy di socmed secara keterlaluan. . Sudahlah tengah mengandung, diuji dgn keadaan yg sy memang tak jangka. Emosi org tgh mengandung kdg ada ms turun naik. Tapi nasiblah sy bkn jenis kaki gaduh. Semuanya sy diamkan saja. Rasa sedih sebab masa tgh mengandung, mak & kakak ipar serang secara keterlaluan. Tak fikirkan ke perasaan sy masa tu? Sedangkan mereka juga wanita dan pernah juga mengandung. Sampai macam tu sekali mereka buat pada saya. . Suami? Diam ajelah. Dah mak & kakak dia.. dia nak menangkan juga. Sy ckp knp perlu serang sy sampai mcm ni? Sy tak ada buat apapun & tak melawan apapun tapi dah berbulan2 masih ada serangan2 dari mereka berdua. Kdgkala sampai tahap menghina mak dan ayah saya katanya, org tua sy tak pandai mendidik sy adab dgn org tua, suka melawan ckp org tua.. Allahu, makin sedih sy masa tu. Semuanya sy ceritakan kpd keluarga sy sendiri.. mereka pun cuma jd pendengar & nasihatkan yg baik-baik. Sy pun padam & putuskan semua socmed yg sy ada krn nak fokus melahirkan anak ke-3 tanpa gangguan. Bila dah melahirkan anak ke-3 pun masih macam tu juga. Sy mcm biasa, diam..diam.. Tak balas apapun yg kakak ipar sy tuduh tu. Sampai habis pantang.. sampai sy balik ke rumah sendiri. . Akhirnya, suami pujuk2 juga nak ajak sy dan baby baru balik ke rumah makayahnya. Sy ckp tunggu cukup 100 hari lepas berpantang sbb sy risau jiwa sy xkuat. Bergaduh dgn suami ni 2-3hari dah boleh baik, tapi... bila mertua, ipar duai ikut campur 2-3tahun pun belum tentu boleh baik sprt sediakala. Hubungan sy dan suami dan dgn keluarga suami pun dah tak brp mesra mcm dulu . Lebih suka diam dari berkata-kata, itu yg sy buat bila balik ke rumak keluarga sana. Rasanya lebih baik jaga hal sendiri dari jaga hal anak menantu yg dah berkahwin. Bila anak-anak dah berkahwin, tak perlu campur lg urusan mereka. Biar mereka selesaikan ikut cara mereka sendiri. Asalkan tak berbunuh & bercerai berai sudahlah.

Baca lagi