Ulasan kali ke-2:

Anak tidur dalam ni pada waktu malam dari 2 minggu selepas lahir hingga 4 bulan shj sebab dia tidur dah pusing 360° dan dlm tempoh penyusuan malam, saya tak berani angkat dan letak anak ke dalam cot dek saya mengantuk dan mamai. Risiko jatuh. Tapi cot ni masih digunakan untuk saya letak dia masa saya nak ke tandas, bersiap, tengok masakan di dapur dll. #9 bulan Ulasan yg pertama hilang pula bila ulasan ke-2 ni telah dihantar. Takpe, saya ulang apa yg saya kongsikan sebelum ni (dengan tambahan) selepas kami memasangnya: Kami beli cot ini pada jualan hujung tahun (semasa saya dalam trimister kedua. Ambil peluang Jualan murah) di Manjaku dengan harga yg lebih rendah daripada yg dinyatakan dlm gambar berserta pakej tilam. Selain pakej dan harga istimewa, kami pilih cot ini sebab ia solid wood, cot ni boleh jadi sofa bed dan muatan 50kg. Jadi, anak boleh pakai lama cot ni. Pemasangan yg mudah.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

👍