Tips Breastpump

Anak sye dh sebulan,tapi baby xpandai direct breastfeeding jadinya sye kena pump setiap hari Dan masa utk bagi baby minum..kadang tgok quantity susu makin drop..sedih rasa bila anak nangis nk susu,lagi-ii bila sye sekali pump hanya dapat 4-5oz sahaja utk dua-ii belah breast..sye Masih xdapat nk agak anak kena minum susu berapa oz sehari Dan waktu-ii yg sepatutnya sye pump breast utk dapatkan susu yg mencukupi satu hari utk baby..siapa yg mom situasi macam sye,bg tips please

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tips nye memang kena konsisten pam setiap 3 jam sekali. Tak kira waktu tengah pagi pun tetap kena bangun pam. If tak jaga waktu pam susu memang boleh drop. Jadual waktu susu baby dan berapa oz baby minum tu awk kena tentukan. Bila konsisten, baru kita dapat tahu baby minum berapa oz dan kita supply berapa oz sehari. Elok ajar anak minum susu dalam kuantiti yg cukup2 je untuk dia kenyang kalau supply susu kita tak melimpah. Macam sy pam setiap 3 jam, baby minum susu setiap 2 jam (3 oz). Sy pernah cuba bg 2oz sahaja tp mmg baby sy perlu 3 oz jugak. Kalau baby awk boleh kurang oz lg, boleh cuba ya. Sy tiap kali pam mcm awk jugak dapat 4-5oz je. Dulu sy pam dan bf juga tp susah sbb bila bf, kuantiti susu yg di pam jd sikit so sy decide untuk pam sahaja. Apa2 pun keputusan mmg kita kena tentukan dan biar konsisten baru jd lebih senang. Takboleh ragu2 atau antara 2 nanti jd kacau bilau mcm sy masa awal2 dulu.. huhu. Goodluck awk 💪🏼

Baca lagi
2y ago

Sy pernah bengkak susu tp itu bila sy skip waktu pam yg setiap 3 jam tu. Pam sy handsfree. Pam handsfree ni mmg selalunya tak kosongkan breast sgt. Tp pam sy tu dah memadai la untuk breast tak bengkak walaupun dia pam tak kosongkan breast. Sy pam 15 minit untuk 1 belah. Awk tetap bengkak mungkin sebab pam tak sesuai atau saiz corong tak tepat so susu banyak lg yg tertinggal dalam breast. Cuba ukur saiz nipple dan tukar corong. Masa mandi scrub nipple bg tak tersumbat n kalau mandi hot shower bole hala kan ke breast bg ketul2 susu yg bengkak td surut dan keluar lancar masa pam.