Elak anak bantut

Hi .. anak saya 15 bulan, girl...berat dia statik di 7kg..dah berbulan xnaik. tinggi pula 70cm...kalau ikutkan di tracker, sepatutnya anak berat normal 9-10 kg dan tinggi 75cm ke atas .. Bantu saya mcm mana nk bg anak back on track .. dia sebelum ni memang taknak makan apa2. Cuma minum susu ibu dan saya suap roti sebab tu je dia xtolak. Baru sebulan ni pandai makan tapi tak banyak..saya kerap juga bagi snek spt buah potong, biskut, roti, susu kotak. Dia makan. Dan makanan berat yang dia suka makan cuma spaghetti..kadang2 je nak makan bubur nasi.. Saya breastfeed dia tapi semenjak berat dia tak naik2, ada juga cuba bagi dutchlady fm...tapi dia xnak minum. Soalan saya: 1) macam mana nak bagi bmi anak saya normal macam anak2 lain? 2) macam mana nak ajar anak setahun lebih minum susu formula kerana susu badan saya tak membantu menaikkan berat anak? 3) susu formula apa yang ibu2 beri untuk tukar dari bf ke fm? Bantu saya ibu2. Terima kasih

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1. teruskan bagi makan.. bagi sikit2 tapi kerap. usia dia dah boleh makan makanan keluarga (boleh rujuk buku baby). 2. mungkin anak x nak minum dlm botol susu. boleh bg dlm sippy cup / botol straw . 3. selain susu formula, boleh bagi susu tepung full cream fernleaf. yg ni menjadi utk anak sy naikkn berat badan. before this pun menyusu badan tp berat naik skit2 je

Baca lagi

Boleh check buku baby cara2 pemberian makanan. Tentang susu, sy rasa xperlu pun tukar susu.. teruskan je bf. Anak bila berusia 6bulan ke atas, susu bukan keutamaan & punca anak bantut. Fokus kat makanan anak.. bagi makanan yg ada kalsium & zat2 yg lain..boleh google makanan yg menaikkan berat badan anak 😊

Baca lagi

nasi mkn tak? anak dh besar tu.. bubur kadang2 blh la, bubur kurang kalori tau.. anak dh lbh 1y, takyah susu formula dah pun.. simpan je duit mak.. bg susu fullcream, dlm cawan je or dlm kotak pun blh, dan nak anak naik berat bukan dgn susu, tp makanan.