Awal May 2024 anak pertama genap 2 tahun dan kandungan (anak ke-2) masuk 6 bulan.. dari segi penyusuan anak pertama saya tetap menyusukan dia macam biasa dari tahu mengandung lagi dan ambil makanan yang secukupnya Untuk putus susu: 1. Selalu cakap/borak bagitahu anak nanti dah tak boleh menyusu sebab dah 2 tahun dah besar 2. Bangun pagi jangan bagi BF tapi susu botol atau air masak.. cara saya memang standby botol air (anak tolak susu tepung/susu kotak) tepi anak setiap masa termasuk waktu tidur malam 3. Slowly kurangkan kekerapan BF.. saya bagi BF masa anak nak tdo petang, tidur malam dan sekiranya anak terjaga tengah malam.. bila dah kurangkan BF kena standy makanan/kudapan untuk anak supaya ada sumber makanan lain untuk kenyang.. malam kalau anak terjaga saya bagi air masak 4. Banyakkan aktiviti fizikal Anak memang akan nangis meragam untuk mula2 dan nak tidurkan dia kena tunggu dia betul2 ngantuk tapi kena kuat, tegas dan sabar..Alhamdulillah anak saya putus susu dalam 3 minggu.. Ada org sapu kopi dan guna daun tapi saya kesian ke anak..banyakkan doa minta dipermudahkan putus susu dan diperlihara kandungan
Saya memahami bahawa anda menghadapi kebimbangan yang berkaitan dengan kehamilan kedua dan anak sulung yang masih menyusu susu ibu. Memang terdapat pendapat berbeza dari doktor dan sumber lain mengenai keselamatan menyusukan anak semasa mengandung. Bagi sesetengah ibu yang mengandung, menyusukan anak masih selamat dilakukan asalkan pemakanan ibu mencukupi keperluan badan dan bayi. Anda boleh mendapatkan pandangan yang lebih selaras dengan konsultasi lanjut bersama pakar, sekiranya masih ragu. Namun, jika anda menghadapi kesukaran dalam proses ini, bolehlah mencari pandangan daripada doktor yang anda percayai untuk mendapatkan nasihat yang lebih khusus mengenai situasi anda. Semasa hamil, sangat penting untuk menjaga pemakanan yang seimbang dan mendapatkan sokongan kesihatan yang mencukupi bagi kegunaan ibu dan bayi. Jangan ragu untuk mendapatkan bantuan profesional jika perlu. Semoga segala urusan kehamilan anda berjalan lancar. #SeriusTanya #Bantusharing https://invl.io/cll7hzz
betul tak ada masalah pun. badan awak tetap akan utamakan baby dalam perut untuk disalurkan semua nutrients, 2nd baru pada susu untuk baby besar, last sekali baru awak. betul cakap nurse KK tu, the key is makan kena cukup khasiat, kalau tak badan awak yg akan paling sengsara. kalau time mengandung ni tak ada simptom ancaman keguguran, tak bahaya pun teruskan BF.
Orang tua2 cakap xelok bagi kongsi susu adik. Nnti mudah sakit. Wallahualam. Saya dapat tau pregnant yg sulung masih menyusu. Tapi saya suka minum caffeine Salah Satu punca susu cepat kurang kot. Yg sulung jd xpuas susu badan. Saya pulak rasa sakit sangat2. Bila kenal kan dia dgn fm alhamdulillah dia terima. Terus wean off.
Biasa lah orang tua. Tak betul tu
cuba calit gincu matte color red.. n ckp, susu sakit.. ada luka, manalatau 😂 anak sy, sy buat mcm tu.. 2-3hari mc cari, tp tiap kali nmpk merah.. dy ckp "sakit mami?" . btw dy mnyusu smpai usia 4thn , msa bfdy ke4thn tu sy stopkan dy dngan cara ni..sbb Ada plan nak tambah adik.berjaya tauu 😁
Pendapat saya, kalau masih tak ready, boleh je teruskan. Tapi sebaiknya wean off sebelum baby lahir. Bagi chance dekat adik pulak susu sepenuhnya. Susu badan pun digalakkan sampai umur 2 tahun. 😊
ok jer.. Sy skrg tgh pregnant ank ke4 36minggu dh..ank no3 umur 2tahun Masih menyusu
Anonymous