Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)

'Adakah daripada tingkah laku, saya dapat menentukan anak saya menghidap Autism? Adakah semua Autism itu sama? Autism itu dapat dikesan melalui kandungan ke? Macam mana saya nak mengatasi atau melayani anak saya yang menghidap autism?' Tanya semua persoalan anda berkaitan dengan Autism secara terus bersama pakar kami iaitu Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC) pada hari Khamis, 22 April 2021, jam 12 tengah hari. *NOTA : Segala persoalan di luar daripada topik dan masa yang diberikan akan tidak dilayan atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)
37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apakah beza autism dengan syndrome down?

5y ago

Autism hanya boleh dikesan kebanyakan masa antara umur 16-30 bulan. Tiada ciri-ciri fizikal untuk mengenalpasti autism. Autism/autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa. Untuk syndrom down, ini boleh dikenalpasti semasa anak masih dalam kandungan. Sindrom Down adalah suatu kondisi yang disebabkan oleh ralat dalam maklumat genetik seseorang. Untuk lebih mudah difahami, genetik ialah istilah yang merujuk kepada struktur dalam sel-sel badan yang boleh diwarisi seseorang. Dalam kes Sindrom Down ini, struktur kromosom nombor 21 diwarisi secara berlebihan.