Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)

'Adakah daripada tingkah laku, saya dapat menentukan anak saya menghidap Autism? Adakah semua Autism itu sama? Autism itu dapat dikesan melalui kandungan ke? Macam mana saya nak mengatasi atau melayani anak saya yang menghidap autism?' Tanya semua persoalan anda berkaitan dengan Autism secara terus bersama pakar kami iaitu Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC) pada hari Khamis, 22 April 2021, jam 12 tengah hari. *NOTA : Segala persoalan di luar daripada topik dan masa yang diberikan akan tidak dilayan atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)
37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Miss Charlene.. Apakah ciri2 anak autisme yg perlu diketahui oleh ibubapa agar pengesanan dapat diketahui lebih awal?

5y ago

1. Tidak respons kepada nama 2. Tidak mengunakan jari telunjuk untuk menunjukkan apa yang dihendaki 3. Lambat bercakap atau tidak bercakap 4. Eye contact yang kurang 5. Tingkah laku yang berulang ulang (dan nampak aneh) eg: hand flapping, berpusing atau suka objek yang berpusing, mainan/objek di rumah tersusun dalam barisan 6. Tidak bersosialasi dengan kana kanak lain 7. Tidak boleh mengikut arahan