X sggup nk hadap alahan teruk. Mcmn Cara nk gugurkan kndungan? Tnpa perlu pergi ke kk. Stress sgt²
8weeks,nak gugurkan kndungan

ini first pregnancy awak ke? or maybe awak kawin muda n lekat awal? sory ye bukan nak buat spekulasi apa2. Banyak bagi nasihat n tips dalam ni. Alahan ni datang berbeza dengan setiap individu. Ada yang alahan hanya awal kandungan means dalam 1st trimester saja alahan. ada yang hadap sampai nak bersalin pon masih alahan. Memang stress ye lagi2 apa pon xleh buat, xleh makan, xleh bau pape, and kita jadi super sensitif dengan anything. awak sangat memerlukan support dari husband n orang yang terdekat. Gugur bukan jalannya ye yang. Some mommies here, ada new mom after TTC after years of waiting. Ada juga yang masih menanti rezki. Ada juga yang mcm awak gugurkan anak because stress but Allah tarik terus peluang dia as mommies n joining TTC team. Ada juga ye gugurkan anak sebab taknak anak tapi lepas tu Allah bagi setahun sorang😅 Rezeki kita berbeza2. Tapi setiap yang awak lalui sepanjang mengandung termasuk alahan, sakit2 badan bukan percuma semata. Datang bersama ganjaran pahala terbesar untuk kaum hawa. Allah sayangkan kita wanita hingga menghadiahkan jihad kecil seperti ini dan jika meninggal ketika mengandung atau semasa bersalin. Boleh dikira sebagai syahid kecil. Perjuangan awak masih baru. Bincanglah dengan suami dan orang terdekat. luahkan semua yang terbuku dihati. Semoga mereka juga memahami keadaan awak dan memberi kerjasama dan support. Stay alert with your emotion. Emosi dan mental ibu mengandung, bersalin, berpantang sangat2 penting. Wish u all the best mommies.
Baca lagi

