Nuts/Dairy-based
Tofu Yuba
Nuts/Dairy-based
Kalsium, Zat Besi, Protein, Natrium
Ibu, anda boleh makan tofu yuba (bean curd sheet/skin) ketika hamil. Tofu yuba kaya dengan protein, kalsium, fosforus, zat besi, dan lain-lain. Ia boleh melegakan keletihan, mengelak tekanan darah tinggi, dan meningkatkan perkembangan sistem saraf janin. Campur tofu yuba dengan saderi untuk meningkatkan penyerapan nutrisi, dan mencegah anemia ketika hamil.
Lepas bersalin, anda boleh makan tofu yuba. Tofu yuba boleh menambah tenaga kerana ia kaya dengan protein, lemak, dan kalsium. Fosfolipid yang ada dalam tofu yuba juga boleh merendahkan kadar kolestrol.
Anda boleh makan tofu yuba ketika menyusu. Tofu ini kaya dengan protein dan asid glutamik yang boleh melegakan keletihan, mencegah hipertensi dan arteriosklerosis. Tofu yuba juga kaya dengan mineral dan kalsium. Ia boleh mencegah osteoporosis, dan meningkatkan tumbesaran tulang bayi.
Jika anda mahu beri bayi tofu yuba, jangan beri terlalu banyak. Oleh sebab tofu yuba dibuat dari soya, ia tidak boleh diberi pada bayi yang ada alahan. Makan yuba terlalu banyak akan menyebabkan perut kembung atau tidak selesa. Jadi, jangan tergesa-gesa ingin perkenalkan tofu yuba pada bayi.